DUN Perak kecoh isu kibar bendera China

IPOH – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Selasa kecoh selepas insiden bendera China yang dikibarkan di Dataran Menara Condong Teluk Intan pada Oktober lalu sekali lagi dibangkitkan.

Exco Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina Perak, Woo Kah Leong berkata, beliau kesal apabila Ketua Pembangkang, Razman Zakaria sering mengaitkan namanya dengan mendakwa terlibat dalam insiden tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar itu berkata, pihak pembangkang terutama Razman didakwa sengaja melemparkan pembohongan dan fitnah demi mencapai kepentingan politik.

DUN Perak kecoh isu kibar bendera China Kah Leong ADUN Razman pembangkang kerajaan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning, Jenny Choy Tsi Jen (kiri) ketika sesi penggulungan Belanjawan Negeri Perak 2025 oleh Exco Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina Perak, Woo Kah Leong di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 DISEMBER 2024.

Kah Leong berkata, Pesuruhjaya PAS Perak melalui kenyataan media sebelum ini sendiri keliru antara Pesta Tanglung dengan perarakan Guan Gong Sedunia yang berlaku pada tarikh berbeza.

“Dalam kenyataan itu didakwa saya dan Yang Berhormat (ADUN) Kepayang merangkap Ahli Parlimen Teluk Intan (Nga Kor Ming) hadir pada insiden kibar bendera China itu. Bila pula saya dan Yang Berhormat Kepayang hadir? Fitnah lagi.

“Kemudian didakwa pula (kami terlibat) kerana ada gambar kami ada pada sepanduk program tersebut. Jika ketika zaman Perikatan Nasional (PN) diletakkan gambar Tan Sri Muhyiddin Yassin (pada poster), adakah beliau bertanggungjawab atas apa yang berlaku?

“Sebagai contoh, jika ada program tukar minyak hitam motosikal di kawasan yang dianjurkan Yang Berhormat Gunung Semanggol (Razman), kemudian ada yang berlumba haram dan kemalangan, adakah Gunung Semanggol perlu bertanggungjawab?,” katanya.

DUN Perak kecoh isu kibar bendera China Kah Leong ADUN Razman pembangkang kerajaan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting, Mohd Fakhrudin Abd Aziz mencelah ketika sesi penggulungan Belanjawan Negeri Perak 2025 oleh Exco Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina Perak, Woo Kah Leong di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 DISEMBER 2024.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Belanjawan Negeri Perak 2025 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini pada Rabu.

Kah Leong yang juga Ketua Pemuda Sosialis DAP Kebangsaan (DAPSY) turut menggesa suatu tindakan permohonan maaf atau menarik semula kenyataan daripada Razman.

Kata beliau, sekiranya Razman mempunyai bukti bahawa tindakan mengibarkan bendera China itu ada melibatkan rakyat tempatan, segara dilaporkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka, Jason Ng Thien Yeong ketika sesi penggulungan Belanjawan Negeri Perak 2025 oleh Exco Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina Perak, Woo Kah Leong di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 DISEMBER 2024.

“Terkini beliau mendakwa yang mengibarkan bendera China itu melibatkan warganegara Malaysia. Ingin saya ingatkan bahawa bukan semua bendera merah adalah bendera China.

“Ada antara bendera merah yang dikibarkan adalah bendera tokong. Perbaikilah pengetahuan am sebelum buat sebarang tuduhan dan tomahan,” katanya lagi.

Perkara itu kemudian membawa kepada kekecohan apabila ADUN pembangkang dan kerajaan bertikam lidah antara satu sama lain lebih daripada 10 minit.

DUN Perak kecoh isu kibar bendera China Kah Leong ADUN Razman pembangkang kerajaan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunong Semanggol yang juga Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria mencelah ketika sesi penggulungan Belanjawan Negeri Perak 2025 oleh Exco Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina Perak, Woo Kah Leong di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 DISEMBER 2024.

Kecohan itu melibatkan antaranya Razman, Mohd Fakhrudin Abd Aziz (PN-Kamunting), Sallehuddin Abdullah (PN-Selinsing); Rahim Ismail (PN-Changkat Jering); Steven Tiw Tee Siang (PH-Tronoh); Jason Ng Thien Yeong (PH-Astaka) dan Jenny Choy Tsi Jen (PH-Canning).

Kekecohan itu kemudian ditenangkan Speaker DUN, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid serta menegur agar semua ADUN untuk sentiasa terbuka dalam menerima teguran.

Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid (kanan) menenangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunong Semanggol yang juga Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria selepas kekecohan antara ADUN pembangkang dan kerajaan ketika sesi penggulungan Belanjawan Negeri Perak 2025 oleh Exco Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina Perak, Woo Kah Leong di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 DISEMBER 2024.

“Apabila orang mengkritik kita, kadang-kadang ‘we must take heat’ (menerima kritikan), dan apabila kita ‘take the heat, kita kena ada kebijaksanaan dalam diri kita.

“Ia kemudian baru perbahasan kita dapat dijalankan dengan baik. Walaupun kadang-kadang pedih, kita kena terima juga ‘heat’,” kata Mohammad Zahir. – MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI