DUN Perak lulus RUU Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam

IPOH – Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Perak) 2025 secara sebulat suara tanpa sebarang pindaan pada Rabu.

Usul dikemukakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang turut memegang portfolio Exco Agama Islam negeri, pada Selasa.

Ketika menggulung perbahasan RUU tersebut pada Rabu, Saarani mengingatkan agar semua pihak tidak meragui usaha kerajaan negeri dalam membentangkan RUU itu dan menuduh ia sebagai senjata untuk menekan atau menutup sekolah agama atas faktor politik.

Tegas Saarani, beliau memberi jaminan bahawa RUU Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam itu bukanlah sebagai senjata politik, sebaliknya ia adalah sebuah payung perlindungan.

“Tiada niat untuk kita menutup mana-mana sekolah agama, sebaliknya membuka ruang kepada sekolah-sekolah agama untuk beroperasi dengan lebih diyakini oleh masyarakat kerana wujudnya peruntukan undang-undang yang jelas, adil dan telus,” katanya.

RUU Kawalan Sekolah Agama Islam Perak 2025 DUN Perak, sekolah agama Islam, Enakmen Sekolah Agama Perak, Saarani Mohamad sekolah agama, pendidikan Islam Perak, SABK Perak, JAIPk, undang-undang sekolah agama
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Perak) 2025 pada Mesyuarat Kedua, Tahun Ketiga Dewan Negeri Ke-15 Perak Darul Ridzuan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 10 SEPTEMBER 2025.

Selain itu Saarani berkata, undang-undang baharu itu tidak akan membatalkan Memorandum Persefahaman (MoU) sedia ada antara Kementerian Pendidikan (KPM) dan Lembaga Pengurus Sekolah (LPS).

Ujar beliau, kerajaan negeri tidak akan meminggirkan sekolah agama yang telah mendaftar sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) memandangkan LPS tetap tertakluk kepada undang-undang ini.

“Berbanding Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996, sekolah agama tidak termasuk sekolah yang di bawah kawalan KPM.

“Keadaan ini menjadikan SABK tidak dapat dikawal oleh negeri kerana SABK berada di bawah kawalan Kementerian Pendidikan.

“Inilah antara sebab kenapa tafsiran sekolah ditambah baik dalam Rang Undang-Undang ini bagi memastikan semua sekolah agama termasuk SABK dapat dikawal di bawahnya,” katanya lagi.

Mengulas lanjut Menteri Besar Perak berkata, RUU yang diluluskan hanya sebagai kerangka asas apabila kaedah-kaedah pelaksanaannya akan dirangka Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk).

Jelas beliau, selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), sesi libat urus bagi penyusunan kaedah tersebut juga akan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan seperti Jemaah Pengurusan Sekolah, wakil guru, wakil pentadbir sekolah.

Selain itu Saarani berkata, kerajaan negeri turut akan menubuhkan sebuah pasukan petugas khas untuk menerli secara menyeluruh terhadap isu yang dibangkitkan sewaktu perbahasan khusus berkaitan prasarana sekolah agama serta kebajikan guru dan kakitangan.

“Pasukan khas ini akan dianggotai oleh pelbagai pihak yang berkepentingan bagi memastikan setiap permasalahan dapat dikenal pasti, ditangani, dan diselesaikan dengan cara yang paling praktikal dan berkesan,” jelasnya.

Pada Selasa Saarani membentangkan RUU Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Perak) 2025, sebagai bagi memberi ruang kepada kerajaan negeri untuk memperkasa, menyelaras dan memperkemas pentadbiran institusi pendidikan agama Islam di Perak.

Usul yang disokong Dr Mohamad Yusri Bakir (BN-Ayer Kuning) itu kemudian dibahas lima ADUN daripada blok kerajaan dan 10 ADUN pembangkang. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perak bentang RUU Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Perak) 2025

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI