Eda Ezrin dibebaskan selepas 9 bulan ditahan di Thailand

KUALA LUMPUR – Penyanyi dikir barat moden dari Kelantan, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, dibebaskan hari ini selepas hampir sembilan bulan ditahan di Penjara Wilayah Narathiwat, Thailand.

Menurut laporan The Star, pembebasan Eda dibuat selepas Mahkamah Wilayah Narathiwat mendapati tiada bukti kukuh yang mengaitkan dia dan lima individu lain dengan pemilikan 6,059 pil methamphetamine yang ditemui di sebuah bilik hotel di Sungai Kolok pada November tahun lalu.

Lima individu lain yang turut dibebaskan ialah suami Eda Ezrin, Mohd Affendi Ahmad, 35; Eridieka Mohd Noor, 33; Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33; dan Zuhaira Nasrin, 26.

Kesemua mereka sebelum ini didakwa atas tuduhan pemilikan dadah namun rakaman CCTV menunjukkan dadah tersebut dibawa masuk oleh tiga individu lain yang tidak termasuk dalam kalangan tertuduh.

Mahkamah bagaimanapun mendapati kesemua tertuduh bersalah atas tuduhan penggunaan dadah dan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan serta denda sebanyak 4,000 baht setiap seorang.

Hukuman tersebut dianggap telah dilunaskan kerana mereka telah ditahan sejak November dan menunjukkan tingkah laku baik sepanjang tempoh tahanan.

Eda Ezrin menjadi perhatian ramai apabila berita penahanannya tersebar luas.

Eda sebelum ini menyatakan harapan agar peminat terus menyokongnya dan memberi peluang untuk kembali berkarya selepas dibebaskan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI