Edar dadah, dua warga Indonesia berdepan hukuman gantung

TELUK INTAN – Dua warga asing berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan mengedar dadah seberat 10.6 kilogram (kg) minggu lalu.

Tertuduh yang juga warga Indonesia, Jasli, 48 dan Budi Heriansyah, 42, faham akan pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam Bahasa Melayu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh yang bekerja sebagai nelayan di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka bersama-sama didakwa mengedar dadah jenis Methamphetamine dengan berat kasar 10,610 gram di kawasan Jeti Nelayan Kampung Bagan Sungai Tiang, Selekoh, Bagan Datuk, jam 10 malam, 15 Julai lalu.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mereka berdepan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati hendaklah disertakan dengan sebatan sehingga 15 kali, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Izzudin Fakri Hamdan manakal kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Intan Nurul Farena kemudiannya menetaoak 27 September depan sementara menunggu laporan kimia.

MG Perak sebelum ini melaporkan polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah antarabangsa dengan menjadikan kawasan jeti nelayan di Sungai Tiang, Rungkup, Bagan Datuk, sebagai transit.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, hasil pemeriksaan di dalam sebuah bot fiber telah menjumpai 10 paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis Methamphetamine dengan anggaran berat 10.610 kilogram (kg) dan dianggarkan bernilai RM 340,000.

Menurut Azizi, mereka dipercayai telah memasuki negara ini secara sah namun bergiat aktif dalam aktiviti pengedaran dan penyeludupan dadah antarabangsa terancang itu sejak seminggu.

Ujar beliau, modus operandi sindiket pengedaran dadah yang menjadikan laut sebagai laluan utama itu dipercayai telah aktif sejak tujuh bulan lalu. -MGPerak

Artikel Berkaitan:

Sindiket dadah antarabangsa jadikan jeti Bagan Datuk transit tumpas

MGPerak: Jadikan Jeti Bagan Datuk Sebagai Transit, Sindiket Dadah Antarabangsa Tumpas

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI