Eksesais La Perouse 2025 perkukuh kerjasama maritim Malaysia, Perancis

LUMUT – Kerjasama antara Malaysia dan Perancis terus diperkukuhkan melalui Eksesais La Perouse 2025 bagi meningkatkan keterlibatan dan kesalingoperasian maritim antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Laut Perancis.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat Lumut dalam satu kenyataan memaklumkan, eksesais tersebut melibatkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama Tentera Laut Perancis (TLP) sempena pelayaran FS Forbin yang berlangsung dari 13 hingga 18 Januari lalu.

Menariknya, Eksesais La Perouse 2025 adalah kerjasama bilateral pertama melibatkan aset TLDM dan TLP selepas kali terakhir dijalankan pada tahun 2021 melalui Passage Exercise (PASSEX) di Selat Melaka.

Menurutnya, eksesais berkonsepkan Field Training Exercise (FTX) ini mengambil peluang kehadiran kapal TLP ke perairan Selat Melaka untuk mempromosikan kerjasama Indo-Pasifik bersama negara-negara ASEAN dengan fokus kepada keselamatan maritim di rantau ini.

“Eksesais ini bertujuan untuk memastikan keselamatan dan kestabilan maritim terus terjamin serta memperkukuhkan diplomasi pertahanan Malaysia sebagai rakan kongsi berwibawa di peringkat antarabangsa,“ katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut berkata, eksesais berkenaan dibahagikan kepada dua fasa iaitu Fasa Pelabuhan dan Fasa Laut.

“Fasa Pelabuhan merangkumi perbincangan operasi, lawatan kapal, interaksi sukan dan majlis resepsi rasmi berlangsung dari 13 hingga 15 Januari di Pulau Pinang.

“Bagi Fasa Laut yang bermula dari 16 hingga 18 Januari di perairan Selat Melaka ia melibatkan latihan peperangan permukaan dan udara, serta Photo Exercise (PHOTEX),“ jelasnya.

Eksesais La Perouse 2025 perkukuh kerjasama maritim Malaysia, Perancis
Latihan BOARDEX bersama Tim Menggeledah FS Forbin di KD Gagah Samudera. Foto ihsan Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat Lumut

Katanya, sepanjang eksesais ini berlangsung, terdapat beberapa aset TLDM yang terlibat antaranya KD Lekir, KD Gagah Samudera, Fast Combat Boat TLDM dan dua pesawat pejuang F/A 18D dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) manakala TLP menggunakan FS Forbun dan pesawat AS565 Panther

“Latihan di laut memberi tumpuan kepada aspek peperangan permukaan dan udara yang bertujuan untuk memperkasakan kemampuan teknikal dan operasi serta meningkatkan kesalingoperasian kedua-dua angkatan laut.

“Sepanjang fasa laut, pelbagai siri latihan seperti Simulated Local Air Defense Exercise (SIMADEX), Air Defense Exercise (ADEX), Surface Firing Exercise (SURFEX), Advance Interdiction and Boarding Exercise (BOARDEX) serta Photo Exercise (PHOTEX) telah dilaksanakan.

“Selain itu, latihan ini bukan sahaja mempertingkatkan keupayaan taktikal kedua-dua negara, tetapi juga memperkukuhkan kesiapsiagaan aset dan kompetensi anggota TLDM dalam menghadapi senario maritim yang kompleks,” ujarnya.

Kenyataan tersebut turut memaklumkan, kejayaan ini menunjukkan komitmen kedua dua negara dalam meningkatkan keupayaan dan kesediaan operasi melalui pertukaran pengetahuan dan amalan terbaik, serta membina keyakinan dan memperkukuhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Perancis.

“Pelaksanaan Eksesais La Perouse 2025 di Pulau Pinang juga menjadi platform persediaan penting bagi TLDM yang dijadual menganjurkan ASEAN Navy Chief’s Meeting (ANCM), ASEAN Multilateral Naval Exercise (AMNEX) dan ASEAN Fleet Review di negeri ini pada bulan Ogos akan datang,” katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

LCS pertama negara dijangka diserah kepada TLDM Ogos 2026

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI