Eksplorasi Rakit Flotila simbol perjuangan kemanusian rakyat Malaysia

KUALA KANGSAR – Penganjuran Eksplorasi Rakit Flotila di sini, pada Sabtu menjadi simbol kesinambungan perjuangan kemanusiaan rakyat Malaysia terhadap Palestin.

Pengerusi Yayasan Amal Malaysia, Datuk Mohd Apandi Mohamad berkata, eksplorasi yang disertai hampir 100 peserta menaiki rakit dan bot itu bertujuan mengambarkan suasana yang dilalui sukarelawan misi Global Sumud Flotilla (GSF).

Beliau berkata, Eksplorasi Rakit Flotila yang menyelusuri Sungai Perak itu turut disertai Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia, Norazman Ishak.

“Kita hendak menggambarkan satu pantomime apa yang dilalui oleh Azman dan rakan-rakannya seramai 178 orang itu.

“Inilah apa yang mereka lalui. Sebab itu kita lihat dan mendengar bunyi letupan-letupan dan sebagainya di mana kita mahu menggambarkan bagaimana tentera-tentera IDF mengepung mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam program Eksplorasi Rakit Flotila untuk Palestin di Jeti Kuala Kangsar di sini pada Sabtu.

Pengerusi Yayasan Amal Malaysia, Datuk Mohd Apandi Mohamad

Tambah Mohd Apandi, meskipun pantomime berkenaan tidak mengambarkan keadaan sepenuhnya ia cukup memberi kesedaran kepada rakyat untuk terus berjuang bersama rakyat Palestine.

Mengulas lanjut beliau berkata hampir 100 peserta termasuk pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyertai Eksplorasi Rakit Flotila berkenaan.

Beliau berkata, progam tersebut melibatkan hampir 40 buah rakit dan bot menyelusuri Sungai Perak dari Jeti Jambatan Victoria ke Jeti Kuala Kangsar sejauh kira-kira sembilan kilometer.

“Saya difahamkan lebih kurang 40 (bot dan rakit) termasuk daripada UPSI yang menghantar lebih kurang 20 rakit telah menyertai misi di Kuala Kangsar ini.

“Perjalanan mereka berlayar mengambil masa kira-kira dua jam dan sambutan yang diterima dari rakyat Kuala Kangsar amat luar biasa,” katanya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI