KUALA LUMPUR – Eksport Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) akan dikenakan tarif sebanyak 19%, menurut White House.
Kadar itu lebih rendah berbanding 25% yang diumumkan sebelum ini.
Presiden Donald Trump yang menandatangani Perintah Eksekutif pada Khamis, 31 Julai 2025 mengenakan timbal balas antara 10 peratus hingga 41 peratus kepada beberapa negara, termasuk ASEAN yang akan dilaksanakan pada 7 Ogos.
Indonesia, Filipina dan Kemboja turut diberi pengurangan tarif kepada 19%, sepadan dengan Malaysia.
Sebelum ini, kedua-dua negara berkenaan dikenakan tarif 36%.
Manakala Laos dan Myanmar yang tidak mempunyai menghadapi tarif yang lebih curam iaitu 40%.
Sementara itu, levi barangan eksport Singapura ke AS dijangka kekal 10%.
Dalam pada itu, tiada keputusan muktamad dibuat mengenai China, kata seorang pegawai kanan Amerika Syarikat.
Wakil Amerika Syarikat dan China pada 29 Julai bersetuju untuk mendapatkan lanjutan tarif 90 hari yang akan tamat pada 12 Ogos walaupun Trump masih belum bersetuju secara rasmi untuk lanjutan itu. – MalaysiaGazette