Elaun ketua kampung Perak naik RM100 mulai 2026

IPOH – Untuk menghargai jasa ketua kampung, Kerajaan Negeri Perak telah menaikkan elaun bulanan mereka sebanyak RM100 menjadikannya RM900, seperti yang diumumkan dalam Belanjawan Perak 2026.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kenaikan itu melibatkan 996 orang Ketua Kampung di seluruh Perak dan akan mula berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun hadapan.

“Dalam usaha memperkukuh sistem pentadbiran di peringkat akar umbi, kerajaan negeri amat menghargai peranan besar yang dimainkan oleh ketua kampung.

“Ini melibatkan Ketua Kampung Tradisional, Ketua Kampung Cina mahupun Ketua Kampung India yang sentiasa menjadi ‘jambatan’ antara kerajaan dan rakyat.

“Langkah ini akan memberi manfaat kepada 996 ketua kampung di seluruh negeri dengan implikasi kewangan RM4.8 juta setahun, meningkat RM1.4 juta berbanding sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pembentangan Belanjawan Negeri Perak 2026 pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Yang ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Selasa.

Sebelum ini, kerajaan negeri mengumumkan kenaikan elaun ketua kampung kepada RM300 sebulan pada tahun 2024 dengan melibatkan implikasi kewangan bernilai RM1.9 juta. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Penjawat awam Perak dapat BKK dua bulan gaji

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI