Empat individu diselamatkan bomba dalam kebakaran rumah

IPOH – Pasukan bomba berjaya menyelamatkan empat individu daripada kejadian kebakaran di sebuah rumah di Persiaran Seri Tambun 4, dekat sini, awal pagi Rabu.

Mangsa, Chen Seok Bin, 57; Chen Aoi Aoi , 51; Ng Tzee Wei, 26 dan Ng Chan Long, 23 berjaya diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 2.04 pagi.

Katanya, sejurus selepas itu seramai tujuh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba di lokasi mendapati kebakaran melibatkan perkakas meja dan televisyen di bahagian ruang tamu rumah yang terbakar, dengan anggaran kebakaran 10 peratus.

“Pintu hadapan rumah yang terkunci dari dalam berjaya dipecahkan dengan bantuan pihak polis bagi menyelamatkan mangsa yang berada di bilik tingkat atas,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Menurut Sabarodzi, pasukan bomba menggunakan satu aliran hos 100 kaki dengan satu pancutan dari jentera dan pili bomba sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Operasi yang diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) I (TBK), Mohd Rosli Ibrahim tamat pada jam 3.30 pagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Bomba selamatkan dua lelaki sesat turun Bukit 300

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI