Empat jenazah anggota FRU terkorban selesai dikebumi awal pagi ini

IPOH – Tiga jenazah anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Teluk Intan pagi semalam, selamat dikebumikan awal pagi ini.

Jenazah Allahyarham Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang di sini, pada jam 4.50 pagi.

Pengebumian anggota FRU berusia 33 tahun itu turut dihadiri kira-kira 500 orang terdiri daripada ahli keluarga serta kenalan.

Jenazah dikebumikan mengikut istiadat pengkebumian kepahlawanan dan Noor Hisam menyerahkan Jalur Gemilang kepada ibu Allahyarham, Suriati Omar, 53.

Jenazah anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif, 33, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 14 MEI 2025.

Sementara itu, Allahyarham Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim, 46, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya di sini, sekitar jam 5.20 pagi.

Van yang membawa jenazah Allahyarham tiba di tanah perkuburan tersebut pada jam 4.43 pagi.

Pegawai Penjaga Trup FRU Unit 5, Sungai Senam, Asisten Superintendan Yamin Mat Zaid kemudiannya menyerahkan Jalur Gemilang kepada adik bongsu Allahyarham, Mohamad Hazizi Abd Rahim, 35, sebagai simbolik penghargaan kerajaan terhadap jasa bakti dan pengorbanan Allahyarham.

Jenazah anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim, 46, dibawa untuk Istiadat Pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 MEI 2025.

Jenazah ketiga yang selamat dikebumikan Allahyarham Koperal Muhamad Akmal Muhamad, 35, di Tanah perkuburan Islam Masjid Al-Mubarak Teluk Pial, Kuala Kurau, Parit Buntar kira-kira jam 7.30 pagi.

Difahamkan Jenazah AllahyarhamKoperal Amiruddin Zabri, 38, yang dibawa di kediamannya di Kampung Sungai Itek di Gopeng selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tubong selepas subuh tadi.

Terdahulu sembilan jenazah dan jasad anggota yang terkorban di beri penghormatan terakhir mengikut istiadat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Unit 5 Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Sungai Senam di sini, awal pagi Rabu.

Waris serta kenalan mangsa menunaikan solat jenazah kepada tujuh anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang meninggal dunia dalam nahas jalan raya di Teluk Intan hadir ke Istiadat Penghormatan Terakhir di Markas Unit 5 FRU Sungai Senam, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 14 MEI 2025.

Kesemuaa wira negara itu dibawa dengan van milik PDRM tiba sekitar jam 3.14 pagi bagi istiadat berkenaan sebelum jenazah dan jasad dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing.

Sebelum solat jenazah yang disertai 500 orang diadakan, keranda membawa jenazah dilitupi dengan Jalur Gemilang.

Turut hadir menunaikan solat jenazah adalah Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah; Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay serta Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin.

Terdahulu, tujuh jenazah mangsa yang beragama Islam disembahyangkan di Surau Ar-Rahman, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak.

Sementara jasad mendiang S Perumal dibawa ke Krematorium Buntong di sini manakala mendiang Koperal Nurit Pandak dibawa ke Kampung Orang Asli Bukit Terang, Kampar. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Nahas FRU: Sembilan wira negara diberi penghormatan terakhir istiadat polis

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI