Empat PPS di Kuala Kangsar, Kampar ditutup

IPOH – Empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kuala Kangsar dan Kampar ditutup sepenuhnya pada jam 1 petang pada Sabtu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPM) Perak dalam satu kenyataan berkata, tiga PPS yang ditutup di daerah Kuala Kangsar adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Lasah, Dewan Pandak Hamid Pusat Sehenti Orang Asli (OAOSC) Bawong dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) RLKT Lasah di Sungai Siput.

Menurutnya, sebuah lagi PPS yang ditutup hari ini adalah SK Kota Baharu di dalam daerah Kampar yang dibuka pada Rabu lalu.

“Setakat jam 8 malam ini, hanya lapan PPS dibuka di tiga daerah melibatkan Hilir Perak, Perak Tengah dan Kerian.

“Kesemua PPS tersebut menempatkan 564 mangsa daripada 176 keluarga,“ kata kenyataan tersebut pada Sabtu.

Dalam perkembangan sama, kenyataan itu memaklumkan di Hilir Perak seramai 48 mangsa daripada 18 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak manakala di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) menempatkan 147 mangsa daripada 42 keluarga.

“PPS Dewan Serbaguna Chikus pula merekodkan jumlah mangsa seramai 94 mangsa daripada 25 keluarga.

“Di Perak Tengah, seramai 213 mangsa daripada 72 keluarga ditempatkan di tiga PPS iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Teluk Kepayang, SK Dato‘ Sagor dan SMK Sultan Muzafar Shah 1.

“Seramai 62 mangsa daripada 19 keluarga pula berlindung di PPS SK Changkat Lobak dan SK Parit Haji Aman Bagan Serai dalam daerah Kerian,” ujar kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) turut mengeluarkan amaran ribut petir / hujan lebat yang akan melanda beberapa daerah di Perak melibatkan Hulu Perak, Kinta, Kampar dan Batang Padang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Dua PPS di Hilir Perak rekod pertambahan mangsa

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI