Empat remaja perempuan sesat di hutan Bukit Larut ditemukan selamat

TAIPING – Empat remaja perempuan yang dilaporkan sesat di dalam hutan ketika melakukan aktiviti mendaki berhampiran kawasan Air Terjun Bukit Larut di sini, ditemukan selamat pada Sabtu.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.33 petang.

Menurutnya, sejurus menerima panggilan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kesemua mangsa yang berusia dalam lingkungan 16 dan 17 tahun itu.

“Kami dimaklumkan salah seorang mangsa yang menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan dan telah berjaya diselamatkan oleh malim gunung serta dibawa turun tanpa sebarang kecederaan.

“Ketua operasi membuat perbincangan bersama dengan Renjer Hutan menjalankan SAR dan kesemua mangsa berjaya ditemui dalam keadaan selamat.

“Anggota kemudiannya membuat pemantauan di sekitar lokasi kejadian dan menjalankan pemeriksaan terhadap kesemua mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, operasi tamat pada jam 4.51 petang selepas semua mangsa disahkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki Orang Asli sesat ketika cari petai ditemukan selamat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI