Empat sekeluarga cedera kereta langgar tayar lori tercabut

SITIAWAN – Empat sekeluarga cedera selepas kereta dinaiki mereka melanggar tayar kiri lori tangki muatan minyak yang tercabut di KM199 Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan, di sini, malam tadi.

Mangsa yang cedera merupakan penumpang bahagian hadapan seorang wanita berusia 36 tahun yang tersepit, pemandu lelaki berusia 35 tahun, dan dua kanak-kanak lelaki masing-masing berumur tiga dan empat tahun.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kejadian diterima pihaknya pada jam 8.40 malam.

Beliau berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan dan Seri Manjung digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 8.58 malam.

Tayar lori tangki yang tercabut menyebabkan kemalangan tiga buah kereta di Lebuh Raya WCE arah selatan. Foto, Ihsan JBPM PERAK.

“Setibanya dilokasi kejadian anggota mendapati berlakunya kemalangan melibatkan tiga buah kereta telah melanggar tayar kiri lori tangki 45 tan muatan minyak yang tercabut.

“Kemalangan melibatkan kereta jenis Toyota Yaris, Honda Civic, Mercedes dan lori tangki Volvo di mana pemandu dan penumpang Toyota Yaris mengalami kecederaan, manakala mangsa kenderaan lain dilaporkan selamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Sabarodzi berkata, Ketua Operasi kemudiannya melaksanakan ‘size-up’ sebelum mengaplikasikan konsep ‘SAVER’ dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan hydraulic sehingga mangsa berjaya dikeluarkan.

“Seorang mangsa yang tersepit dibawa oleh EMRS manakala 3 mangsa yang cedera diserahkan pada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Operasi yang dianggotai 10 orang anggota dari dua BBP itu tamat sepenuhnya pada jam 10.36 malam. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Nahas WCE: Kanak-Kanak tercampak keluar sebelum dilanggar kereta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI