Enam bekas pelajar UPNM bersalah membunuh Zulfarhan – Mahkamah Rayuan

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini mendapati enam bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bersalah membunuh kadet laut Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lalu.

Keputusan itu diputuskan oleh tiga panel hakim dipengerusikan oleh Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail.

Hadhariah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan tanpa keraguan munasabah tuduhan pembunuhan terhadap Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Sofi, Najib Razi, Afif Najmudin Azahat, Shobirin Sabri dan Hakeem Ali.

Keenam-enam pelajar itu didakwa atas pembunuhan Zulfarhan di bangunan asrama Jebat UPNM sekitar 22 Mei 2017.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI