Enam kali rumah dibersihkan, warga emas masih degil kumpul sampah

IPOH – Seorang warga emas terus mengulangi kesalahan sama meskipun enam operasi pembersihan dan tiga tindakan mahkamah telah diambil sejak 2016 susulan aktiviti pengumpulan barangan kitar semula dan sampah sarap secara tidak terkawal di kediamannya di Taman Bersatu, Simpang Pulai, di sini.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sekali lagi bertindak melaksanakan operasi bersepadu penghapusan kacau ganggu pada Khamis kerana perbuatan tersebut menjejaskan kualiti hidup komuniti setempat.

Datuk Bandar Ipoh, Zamakhshari Mohd Saleh berkata, pemilik premis dikenal pasti sebagai seorang wanita warga emas berusia 69 tahun yang didapati terus menjalankan aktiviti pengumpulan barangan kitar semula dan menyimpannya di kawasan halaman rumah teres satu tingkat.

Menurutnya, keadaan tersebut bukan sahaja menyebabkan kacau ganggu persekitaran, malah berpotensi menjadi tempat pembiakan dan penyebaran penyakit bawaan vektor seperti nyamuk, lipas dan tikus.

Enam kali rumah dibersihkan, warga emas masih degil kumpul sampah
Keadaan rumah warga emas terbabit selepas MBI melaksanakan operasi bersepadu untuk menghapus kacau ganggu di sebuah kediaman di Taman Bersatu, Simpang Pulai. Foto MBI

“Operasi tersebut melibatkan lima buah lori berkapasiti tujuh tan dan sebuah jengkaut digerakkan dengan kekuatan seramai 27 anggota pembersihan serta mendapat kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pelbagai barangan termasuk plastik, kertas, besi dan kayu telah dipindahkan sepenuhnya dan operasi tersebut berjaya diselesaikan dalam tempoh tiga jam tanpa sebarang insiden tidak diingini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan bahawa MBI akan terus memastikan kesejahteraan dan kualiti hidup warga Ipoh sentiasa terpelihara melalui penguatkuasaan undang-undang yang konsisten dan berterusan.

“Kita juga menyeru penglibatan agensi kerajaan berkaitan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi merangka penyelesaian jangka panjang secara holistik supaya isu seumpama ini tidak berulang pada masa hadapan,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Cukai taksiran: MBI kutip lebih RM13 juta bayaran awal

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI