Enam kereta remuk di parkir KTM Ipoh, polis berjaya kesan pemandu van

IPOH – Polis berjaya mengesan pemandu sebuah van yang terlibat kemalangan dengan enam kereta di tempat letak kenderaan Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Ipoh, sebagaimana dalam video tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, lelaki tempatan itu berjaya dikesan hasil maklumat orang ramai susulan kejadian pada jam 2.55 pagi, Ahad lalu.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati van terbabit telah gagal dikawal semasa sedang membelok ke simpang sebelum melanggar beberapa kenderaan di kawasan parkir terbabit.

Kemalangan enam kereta di parkir KTM Ipoh van langgar enam kereta, kemalangan parkir KTM Ipoh, polis kesan pemandu van, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, kemalangan tular Ipoh, berita kemalangan Perak

Tangkap layar video tular memaparkan beberapa kereta yang berada di parkir Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Ipoh mengalami kerosakan seperti dirempuh sebuah kenderaan lain.

“Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut. Semantara hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap pemandu didapati negatif.

“Justeru polis membuka kertas siasatan berhubung kes itu di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan membahayakan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Abang Zainal berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada orang awam atas maklumat dan kerjasama yang disalurkan dalam membantu siasatan.

Terdahulu tular di media sosial beberapa video pendek memaparkan beberapa kereta remuk seperti dirempuh kenderaan lain di kawasan tempat letak kereta berhampiran Stesen KTM Ipoh dan Bangunan Pejabat Pos Besar Ipoh.

Menerusi video berkenaan, beberapa kereta antaranya jenis Honda, Toyota dan Proton dilihat mengalami kerosakan teruk pada bahagian belakang, termasuk cermin dan bampar. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Penumpang maut, pemandu cedera kereta terbabas langgar pembahagi jalan

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI