Enam nelayan Myanmar ditahan, langgar syarat sah lesen

PARIT BUNTAR – Enam nelayan warga Myanmar bersama tiga bot nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kurau kerana melanggar syarat sah lesen di perairan Negeri Perak, pada petang Jumaat.

Hasil rondaan rutin, Maritim Malaysia berjaya mengesan mereka yang sedang melakukan aktiviti perikanan pada kedudukan 10.15 hingga 10.63 batu nautika barat Kuala Sepetang, Kuala Kurau, dekat sini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, hasil pemeriksaan lanjut ke atas dokumen mendapati kesemua bot berkenaan memiliki lesen sah.

Katanya, namun ia tidak diusahakan sendiri oleh pemilik serta tiada kebenaran penggunaan kru warga asing oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

“Hasil pemeriksaan ke atas ketiga-tiga bot menemukan seramai enam orang nelayan warga Myanmar dan setiap bot mempunyai dua kru termasuk tekong.

“Kesemua mereka berumur antara 24 hingga 35 tahun dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

nelayan mnyanmar bot tempatan perairan perak kuala kurau parit buntar nelayan mnyanmar bot tempatan perairan perak kuala kurau parit buntar nelayan mnyanmar bot tempatan perairan perak kuala kurau parit buntar
Enam nelayan warga Myanmar bersama tiga bot nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kurau kerana melanggar syarat sah lesen di perairan Negeri Perak, pada petang Jumaat. foto MARITIM MALAYSIA

Menurut beliau, kesemua nelayan, bot dan peralatan menangkap ikan ditahan serta
dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia.

Jelas beliau lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.

NELAYAN MYANMAR nelayan mnyanmar bot tempatan perairan perak kuala kurau parit buntar nelayan mnyanmar bot tempatan perairan perak kuala kurau parit buntar nelayan mnyanmar bot tempatan perairan perak kuala kurau parit buntar
Enam nelayan warga Myanmar bersama tiga bot nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kurau kerana melanggar syarat sah lesen di perairan Negeri Perak, pada petang Jumaat. foto MARITIM MALAYSIA

“Turut disiasat mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu bot tidak diusahakan sendiri oleh pemilik serta tiada kebenaran penggunaan kru warga asing yang sah.

“Maritim Malaysia meminta kepada semua komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang- undang yang telah ditetapkan demi kesejahteraan bersama,” katanya. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Maritim Perak gagalkan cubaan seludup PATI

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI