Enam rumah, tiga motosikal musnah dalam kebakaran di Teluk Intan

TELUK INTAN – Enam buah rumah termasuk tiga motosikal musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Mak Intan, Kampung Terengganu di sini tengah malam tadi.

Kebakaran itu menyebabkan 29 mangsa daripada enam buah keluarga kehilangan tempat tinggal hanya dalam sekelip mata.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu sekitar jam 12.40 tengah malam.

Menurutnya, sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan dibantu BBP Hutan Melintang bersama Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Teluk Intan dan PBS Batu 12 digerakkan ke lokasi bagi menjalankan kerja memadam kebakaran.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati api sedang marak membakar enam buah rumah kelas B dengan anggaran kemusnahan 95 peratus.

“Selain itu, tiga buah motosikal pelbagai jenis turut musnah terbakar kira-kira 90 peratus,“ katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.05 pagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Banjir Perak belum pulih, 2,888 mangsa berlindung di 29 PPS

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI