Enam unit rumah pangsa musnah terbakar

IPOH – Enam unit rumah pangsa musnah dalam kejadian kebakaran di National Garden Apartment Flat, Jalan Sultan Nazrin Shah, dekat sini, pada Isnin.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian di tingkat tiga rumah pangsa itu pada jam 1.49 tengah hari.

Pasukan bomba sedang melakukan operasi pemadaman api ke atas enam unit rumah pangsa dalam kejadian kebakaran di National Garden Apartment Flat, Jalan Sultan Nazrin Shah, Ipoh, pada Isnin. Foto JBPM Perak

Katanya, sejurus selepas itu sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dan BBP Simpang Pulai diatur gerak ke lokasi kejadian bagi operasi pemadaman kebakaran.

Menurut beliau, operasi berkenaan turut dibantu anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pinji, PBS Menglembu, PBS Pekan Baru, serta PBS Bercham.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati api sedang marak di tiga buah rumah sebelum kemudiannya merebak ke tiga unit rumah yang lain.

“Enam unit rumah pangsa berkenaan mengalami kemusnahan kebakaran pada kadar 90 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.


Pasukan bomba sedang melakukan operasi pemadaman api ke atas enam unit rumah pangsa dalam kejadian kebakaran di National Garden Apartment Flat, Jalan Sultan Nazrin Shah, Ipoh, pada Isnin. Foto JBPM Perak

Beliau berkata, pasukan bomba menghadapi beberapa kesukaran untuk masuk ke dalam rumah bagi mengawal kebakaran ekoran api yang masih marak.

“Selain itu, terdapat juga beberapa unit rumah yang terbakar dikunci dari arah dalam serta dipasang jeriji besi yang mana ia mengganggu operasi pemadaman,” ujarnya.

Shazlean berkata, pasukan bomba mengawal kebakaran melalui laluan tangg dan jentera ‘skylift’ di samping air yang digunakan bersumberkan dari jentera tangki serta pil bomba.

“Operasi yang membabitkan 14 anggota bomba dan 17 anggota PBS berjaya mengawal serta memadamkan kebakaran daripada terus merebak. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya lagi.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) ll, Mohd Fawwaz Abdul Jamil itu tamat pada jam 5.49 petang. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Empat rumah terbakar, 22 mangsa ditempatkan di PPS

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI