‘Falsafah saya, pendidikan harus percuma, namun….’ – Anwar

TANJUNG MALIM – Perdana Menteri bersedia mempertimbangkan cadangan untuk melaksanakan kenaikan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada golongan M40 daripada 75 peratus kepada 100 peratus

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meminta Kementerian Pengajian Tinggi bersama-sama PTPTN melihat dan mengkaji cadangan itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, cadangan berkenaan harus turut melihat kepada kemampuan serta kedudukan kewangan terkini kerajaan.

“Pada falsafah saya, soal pendidikan daripada sekolah rendah hingga ke peringkat universiti itu harus percuma. Ini kerana, ia adalah tanggungjawab pihak pemerintah sebagaimana dalam soal keselamatan dan kesihatan.

“Namun semua kena faham, apabila saya diserahkan jawatan perdana menteri, kedudukan hutang negara RM1.5 trilion. Jika tidak bayar, negara akan bankrap,” katanya.

PTPTN Pendidikan percuma anwar ibrahim perdana menteri PTPTN Pendidikan percuma anwar ibrahim perdana menteri PTPTN Pendidikan percuma anwar ibrahim perdana menteri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan pelajar dalam sesi Dialog Mahasiswa Temu Anwar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 DISEMBER 2023.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan soalan daripada pelajar pada Dialog Mahasiswa Temu Anwar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah, di sini, pada Khamis.

Hadir sama, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; serta Pengerusi Lembaga Pengelola Yayasan Pembangunan Buku Negara, Tan Sri Dr Abdul Latiff Abu Bakar.

Ujar Anwar, kerajaan ketika ini sedang melaksanakan pelbagai inisiatif agar memastikan golongan rakyat yang benar-benar memerlukan akan dapat dibantu, termasuk menerusi usaha penyelarasan subsidi.

“Jika dalam suku tahun pertama nanti, kedudukan kewangan kita baik dan betul-betul mampu, saya bersedia untuk menambah peruntukkan untuk cadangan itu.

“Namun, jika ia dilaksanakan sekali pun, ia tidak akan berjalan secara automatik, sebaliknya masih perlu ada tapisan terhadap golongan M40 itu,” katanya lagi. -MG Perak.

 

Artikel Berkaitan:

Universiti jangan tolak pelajar hanya kerana status miskin – PM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI