Fasiliti kesihatan di Muallim ditambah baik selari pembangunan AHTV

TANJUNG MALIM – Perak akan memperkukuh serta menambah baik kemudahan dan infrastruktur kesihatan di daerah Muallim sejajar dengan pembangunan pesat di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV).

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional, A Sivanesan berkata, kerajaan negeri telah mengatur visi jangka masa pendek dan panjang bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin meningkat di daerah tersebut.

Menurutnya, setakat ini, klinik di Tanjung Malim serta klinik-klinik berhampiran sedang menjalani proses naik taraf bagi memastikan penduduk di daerah itu mendapat perkhidmatan kesihatan yang terbaik.

“Klinik Tanjung Malim sedang dinaik taraf dan klinik-klinik berhampiran dengannya khasnya di Slim River sehingga Sungkai.

“Di Sungkai, kita akan bina trek perlumbaan (Pusat Pengujian Automotif Kebangsaan – NATC) dalam (seluas) 800 ekar mengikut piawaian litar perlumbaan antarabangsa yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri,“ katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu sidang media selepas menghadiri Majlis Jalinan Mesra Bersama Komuniti Muallim dengan Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) Slim River Sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia 2025 di Hospital Slim River, pada Jumaat.

Hadir sama, Pengarah Hospital Slim River, Dr Farah Fathiyah Zulzaha dan Pengerusi ALPH Slim River, Mohamad Shahrir Shafiae.

Setakat ini, Tanjung Malim menempatkan dua konglomerat multinasional iaitu syarikat automotif negara iaitu Proton dan BYD yang berpusat di China. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

KLK TechPark jana GDV RM3.5 bilion, sokong AHTV Tanjung Malim

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI