F&NHB tiada urusan, hubungan perniagaan dengan Israel

KUALA LUMPUR – Frase & Neave Holdings Bhd (F&NHB) menjelaskan bahawa syarikat itu tidak mempunyai sebarang urusan dan peniagaan dengan Israel berikutan daripada penggunaan bahasa Ibrani pada produknya, Gold Coin.

F&NBH berkata, produk itu telah dieksport secara eksklusif bagi memanfaatkan penduduk di pasaran Palestin.

Tambahnya, tulisan pada pembungkusan itu telah tertera dengan jelas bahawa produk ini diimport khas melalui pelanggannya, Food Collection Co. yang berpusat di Bandar Ramallah, Palestin yang memaparkan tiga bahasa iaitu Inggeris, Arab dan Ibrani.

“Serta memaparkan teks dalam bahasa Inggeris, Arab dan Ibrani selaras dengan syarat tempatan seperti yang diminta oleh pelanggan kami,” katanya melalui kenyataan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan berikutan rakaman video yang tular di laman media sosial mengenai penggunaan bahasa Ibrani pada pembungkusan produk Gold Coin.

Menurut F&NHB, pihaknya komited dalam menjaga sensitiviti masyarakat dan sentimen pegguna mereka serta turut memperjuangkan keadilan dan keamanan kepada yang tertindas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI