Fokus tindakan bersama lebih tegas tamatkan pencerobohan Israel – Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perlunya tindakan bersama yang lebih tegas bagi menamatkan pencerobohan Israel, mempertahankan kedaulatan negara Arab-Islam serta menjamin hak rakyat Palestin.

Menerusi hantaran Facebook hari ini, beliau berkata perkara itu dinyatakan semasa pertemuan ringkas dengan beberapa pemimpin di luar Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam di Doha, Qatar semalam.

Pemimpin berkenaan ialah Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, Raja Jordan Raja Abdullah II Al Hussein, Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dan Putera Mahkota Kuwait Sheikh Sabah Khaled Al-Hamad Al-Sabah.

“Kami menekankan sokongan penuh terhadap Qatar yang menjadi mangsa serangan rakus dan biadab rejim Zionis Israel, di samping memperkukuh kesepakatan untuk membela Palestin,” kata beliau.

Anwar menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam atas jemputan Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, susulan serangan Israel terhadap Doha pada 9 Sept lepas.

Serangan di kawasan Leqtaifiya itu melibatkan kira-kira 15 jet pejuang Zionis, mengorbankan enam orang termasuk anak pemimpin kanan Hamas Khalil al-Hayya, pengarah pejabatnya serta seorang pegawai keselamatan Qatar, manakala pemimpin utama Hamas dilaporkan terselamat.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI