Gaduh kerana dicemuh parkir hingga halang kereta lain

SEPANG – Berang dengan kata-kata kesat terhadap sebuah keluarga kerana kereta mereka menghalang kereta lain, sekumpulan individu didakwa menyerang seorang lelaki di Jalan KB 16, Kampung Baru Dengkil, di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 10.15 malam, mangsa berusia 44 tahun berada di rumah bapanya di situ sebelum didatangi 30 individu termasuk ahli keluarga kepada pemilik kereta dalam keadaan marah, kemudian memukulnya.

Menurut bapa mangsa, Teo Beng Tuan, dia cuba menghalang pergaduhan itu, namun tidak kesampaian apabila warga emas berusia 71 tahun itu pula didakwa diugut menggunakan sebatang besi.

“Mereka bukan orang lain, saudara jauh saya juga, saya beritahu jangan gaduh, bagi laa muka sikit pakcik ini.

“Saya cuba halang, tapi salah seorang tunjuk batang besi, tak boleh buat apa-apa, saya orang tua tak mampu nak halang mereka bergaduh,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette, di sini, malam tadi.

Terdahulu, anak lelakinya, membuat laporan polis selepas sekumpulan 30 individu menyerangnya di Jalan KB 16, Kampung Baru Dengkil, di sini, kira-kira jam 10.15, pada Sabtu.

Ketika ditanya tentang punca pergaduhan itu, Beng tidak menafikan cemuhan anak lelakinya, “parkir kereta tengah jalan macam ini tak ada otak ke” menyebabkan sebuah keluarga membawa 30 individu untuk menyerangnya.

Berdasarkan laporan polis pada 17 Februari, semasa lelaki itu berada berada di rumah, anaknya mahu keluar dari rumah beralamat No.9, Kampung Baru Dengkil Selangor, sebuah kereta jenis Alphard berwarna putih telah menghalang kereta anaknya.

Lelaki itu kemudiannya telah pergi ke setiap rumah berdekatan bertanyakan berkenaan kereta yang diparkir tersebut untuk dialihkan.

Selepas itu, seorang lelaki telah mengalihkan kereta tersebut, kemudiannya dua lelaki dan seorang perempuan yang dia kenali telah datang ke rumahnya dengan mengatakan kereta Aplhard milik saudara mereka.

Lelaki mengakui dia ada mencemuh keluarga terbabit dengan mengatakan “parkir kereta tengah jalan macam ini tak ada otak ke” hingga menyebabkan mereka kemudiannya datang semula ke rumahnya dengan membawa 30 individu.

Menurut laporan yang dibuat di Balai Polis Dengkil pada 17 Februari, lelaki itu mendakwa dia cedera di bahagian muka, kepala, telinga dan seluruh badan setelah dipukul menggunakan pelbagai alat seperti kerusi, meja, topi keledar dan batu bata.

Lelaki itu turut mendakwa dirinya diugut bunuh menggunakan senjata iaitu selaras senapang apabila dia menolak sekumpulan 30 lelaki itu menggunakan tangga untuk mempertahankan diri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI