Gajah liar ‘serang‘ kereta hingga remuk di JRTB

GERIK – Sebuah kereta mengalami kerosakan teruk selepas dipercayai diserang gajah liar berhampiran Tugu Peringatan di Kilometer (KM) 11 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Jeli – Gerik di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, dalam kejadian sekitar jam 8.15 malam itu, kereta Toyota Vios yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 39 tahun telah diserang beberapa ekor gajah liar ketika melalui jalan berkenaan.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati pemandu kereta terbabit daripada arah Jeli menuju ke Gerik.

“Bagaimanapun, sewaktu tiba di laluan terbabit dia (pemandu) telah nampak sekumpulan gajah sedang melintas di atas jalan raya.

“Pemandu terbabit bertindak memberhentikan kereta dan mematikan lampu serta terdengar bunyi hon kenderaan dari arah belakang.

“Tiba-tiba, tiga ekor gajah telah menghampiri kereta dan pemandu terbabit yang berada dalam keadaan panik telah bertindak keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri,“ katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Beliau berkata, selepas gajah-gajah itu beredar, pemandu berkenaan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik untuk membuat aduan pada jam 11.36 malam.

“Susulan kejadian itu, kereta terlibat telah mengalami kerosakan pada bahagian hadapan dan belakang, sisi kanan dan kiri namun pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Sehubunga itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan mematuhi nasihat pihak berkuasa antaranya tidak membunyikan hon atau menggunakan lampu tinggi serta mengambil langkah-langkah keselamatan lain apabila berhadapan dengan gajah,“ jelasnya.

Kejadian serangan gajah liar itu tular di media sosial sejak malam tadi, apabila video memamparkan sebuah kereta berwarna putih mengalami remuk pada bahagian belakang dan hadapan depan kereta berkenaan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Anak gajah mati dilanggar lori dipercayai melintas jalan 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI