Gaji minimum RM1,800?

KUALA LUMPUR – Gaji minimum dikhabar akan dinaikkan antara RM200 hingga RM300 kepada RM1,700 hingga RM1,800.

Sinchew Daily melaporkan, Majlis Perundingan Gaji Negara telah membincangkan isu gaji minimum pada akhir Jun dan mencapai kesefahaman mengenainya.

Majlis itu perlu mengkaji gaji minimum setiap dua tahun dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim pernah berkata, dokumen gaji minimum akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk perbincangan dan keputusan pada bulan ini.

Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman berkata, Majlis Perundingan Gaji Negara telah mengadakan mesyuarat pada 25 Jun dan antara agenda mesyuarat adalah mengenai cadangan gaji minimum yang baharu.

Syed Hussein berkata, majlis telah bersetuju dengan cadangan gaji minimum yang baharu, tetapi beliau enggan mendedahkan nilai yang dipersetujui kerana merupakan maklumat sulit.

“MEF telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan.

“Mengambil kira kebanyakan perusahaan kecil dan sederhana masih berdepan masalah aliran tunai, maka semua perubahan gaji minimum harus mengambil kira kemampuan majikan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan mungkin mempertimbangkan cadangan dan standard untuk gaji minimum yang baharu.

Ujarnya, mengikut undang-undang, jika kerajaan tidak bersetuju, maka Majlis Perundingan Gaji Negara akan menilai dan berbincang semula.

Syed Hussain berkata, kemampuan majikan adalah faktor paling penting dalam pelaksanaan gaji minimum.

Jelasnya, jika gaji minimum adalah lebih tinggi tetapi majikan tidak mampu membayar, maka majikan mungkin memilih menamatkan perniagaan, sekali gus mewujudkan kesan negatif.

“Perlu diambil perhatian bahawa kira-kira 10 peratus pekerja masih tidak memperolehi gaji minimum RM1,500 yang dilaksanakan sejak Mei 2022,” katanya.

Beliau berkata, syarikat multinasional, syarikat milik kerajaan dan syarikat pelaburan kerajaan dipercayai mampu membiaya gaji minimum yang ditetapkan kerajaan.

Katanya, perusahaan kecil dan sederhana bagaimanapun berdepan masalah aliran tunai.

Beliau justeru mencadangkan kerajaan mencontohi Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan yang mengecualikan perusahaan kecil dan mikro daripada tetapan gaji minimum. -Akbar Cina

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI