Galasa tawar bufet ramadan bertema Gala Rasa Iftar

IPOH – Bertemakan Gala Rasa Iftar, Galasa Caldwell menawarkan juadah berbuka puasa ala warisan Melayu Klasik dengan pelbagai hidangan tradisional bermula dari pembuka selera, lauk pauk sehingga pemanis mulut.

Malah suasana serta hiasan ruang acara yang terletak di Jalan Caldwell, Jalan Raja Dihilir itu turut dihiasi dengan tema Melayu Klasik termasuk kain batik serta payung zaman dahulu.

Kakitangan Galasa membuat persiapan Bufet Ramadan Gala Rasa Iftar di Galasa, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 MAC 2024.

Bahagian Pemasaran dan Promosi Galasa, Nazlinda Nayan berkata, Galasa memulakan operasinya dua tahun lalu dengan memberi tumpuan menganjurkan majlis perkahwinan, makan malam syarikat, acara peribadi dan lain-lain lagi.

Menurut beliau, pelbagai kemudahan yang disediakan di Galasa termasuk, surau yang selesa, ruangan acara peribadi serta tempat letak kereta yang luas menjadikan Galasa sebagai pilihan orang ramai.

Orang ramai menunggu saat berbuka puasa selepas mengambil hidangan Bufet Ramadan Gala Rasa Iftar. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 MAC 2024.

“Menyedari kelebihan kami ini, Galasa mengambil kesempatan dengan menganjurkan Bufet Ramadan bagi tahun ini bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati juadah berbuka di dalam suasana yang tenang.

“Gala Rasa Iftar ini merupakan bufet Ramadan yang kita buat bertemakan Warisan Melayu Klasik sebab kebanyakkan lauknya adalah masakan Melayu dan begitu juga hiasan dewan,” katanya kepada MG Perak.

Orang ramai mengambil hidangan Bufet Ramadan Gala Rasa Iftar di Galasa, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 MAC 2024.

Nazlinda berkata, dengan harga RM75 seorang bagi dewasa dan RM45 seorang bagi kanak-kanak berusia empat tahun ke atas, Galasa menyajikan pelbagai jenis makanan yang sesuai dinikmati pelbagai peringkat umur.

“Makanan utama kita adalah lauk kampung seperti Asam Pedas Daging Tetel, Masak Lemak Daging Salai, Gulai Lemak Nanas Ikan Masin, tiga jenis kerabu, nasi briyani, mee rebus, soto ayam dan lain-lain lagi.

Bufet Ramadan Gala Rasa Iftar. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 MAC 2024.

“Kita juga turut mengetengahkan kuih muih Melayu manis dan pedas seperti kuih koci, karipap, agar-agar gula merah, agar-agar pandan da juga sagu gula melaka,” katanya.

Ujar Nazlinda bagi memberi peluang kepada pengunjung menikmati suasana di Galasa orang ramai boleh hadir bermula dari jam 6 petang dan menikmati juadah berbuka bermula dari waktu iftar sehingga jam 9.30 malam.

Orang ramai beratur mengambil hidangan Bufet Ramadan Gala Rasa Iftar di Galasa Caldwell, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 MAC 2024.

“Selain menerima tempahan mengikut kehendak pelanggan Galasa juga turut menerima pelanggan ‘walk in’ bagi menikmati juadah berbuka yang disediakan, namun tertakluk kepada kekosongan,” katanya. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI