Gangguan habuk hitam Taiping: Pihak terlibat akan didakwa

SIMPANG PULAI – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak memaklumkan bahawa pihak yang dipercayai terlibat dalam kejadian pencemaran habuk hitam di dua kawasan perumahan di Taiping baru-baru ini akan didakwa dalam masa terdekat.

Pengarahnya, Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh berkata, setakat ini punca kejadian telah dikenal pasti, dan pihak berkenaan dijangka akan didakwa di Mahkamah Taiping.

“Kita telah mengenal pasti punca kejadian dan suspek akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai identiti pihak terbabit.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Program Komuniti Taklimat Pencegahan Pembakaran Terbuka dan Aktiviti Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) sempena Hari Ozon Sedunia di Dewan Kampung Serdang Permai, di sini pada Rabu.

Sebelum ini media melaporkan, JAS Perak telah menerima lima aduan rasmi berhubung pencemaran atau gangguan habuk hitam membabitkan lebih 100 rumah di sekitar Taman Tekkah Permai dan Taman Tekkah Jaya, di Taiping.

Mohammad Ezanni dilaporkan berkata, susulan daripada aduan pertama yang diterima pada 5 Ogos lalu, pihaknya melakukan pemantauan di lapangan serta mengumpul sampel untuk dianalisa Jabatan Kimia.

Katanya, berdasarkan kepada siasatan awal dan pemantauan kualiti udara, pihaknya mengesyaki pencemaran udara itu berpunca daripada sebuah kilang berhampiran dengan taman perumahan tersebut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kilang disyaki punca pencemaran habuk hitam, jejas 500 penduduk

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI