Garis panduan ke sekolah wajib dipatuhi, termasuk pempengaruh – KPM

IPOH – Mana-mana individu termasuk pempengaruh media sosial yang menghadiri sebarang program ke sekolah perlu mematuhi segala garis panduan yang ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM).

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, ia termasuk kepada permohonan untuk membawa masuk tetamu luar yang terlebih dahulu perlu melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Katanya, ia supaya dua pihak terbabit boleh mempertimbangkan perkara itu bersama-sama dengan input yang diberikan daripada pihak sekolah.

Garis panduan ke sekolah KPM KPM garis panduan sekolah Pempengaruh hadir ke sekolah Wong Kah Woh Prosedur jemputan tetamu luar JPN PPD kelulusan sekolah Garis panduan jemputan sekolah Isu pempengaruh di sekolah KPM peraturan program sekolah
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh (tengah) menyerahkan papan pintar interaktif (Smart Board) kepada guru besar Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negeri Perak di Dewan Simee Silver Star, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 DISEMBER 2025.

“Tidak kira sesiapa, sama ada Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), organisasi bukan kerajaan (NGO), mahupun pempengaruh media sosial, perlu patuh pada proses dan garis panduan KPM.

“Oleh itu kehadiran sesiapa daripada pihak luar oleh jemputan sekolah atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tertakluk pada garis panduan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Penyerahan Peralatan ‘Smart Board’ atau Papan Pintar Interaktif kepada Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Negeri Perak di Dewan Simee Silver Star, dekat sini, pada Jumaat.

Hadir sama, Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A. Sivanesan serta Pengarah Pendidikan Negeri, Zulkafli Mohamed Mokhtar.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh ketika sesi bergambar pada Majlis Perasmian Peralatan Papan Pintar Interaktif (Smart Board) Kepada Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negeri Perak di Dewan Simee Silver Star, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 DISEMBER 2025.

Pada majlis, Kah Woh menyempurnakan penyerahan papan pintar interaktif kepada 83 sekolah SJKT di seluruh negeri dengan membabitkan peruntukan berjumlah RM984,000.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, walaupun mana-mana pihak boleh membuat permohonan untuk hadir ke sekolah namun KPM menegaskan bahawa program yang diadakan perlu memberi manfaat kepada murid atau pelajar.

Garis panduan ke sekolah KPM KPM garis panduan sekolah Pempengaruh hadir ke sekolah Wong Kah Woh Prosedur jemputan tetamu luar JPN PPD kelulusan sekolah Garis panduan jemputan sekolah Isu pempengaruh di sekolah KPM peraturan program sekolah
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh menyerahkan papan pintar interaktif (Smart Board) kepada guru besar Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negeri Perak di Dewan Simee Silver Star, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 DISEMBER 2025.

“Apa yang penting adalah sebarang aktiviti yang dilaksanakan di sekolah itu perlulah memastikan ia memanfaatkan kepada anak-anak kita.

“Dan pada masa yang sama, kita perlu pastikan segala garis panduan oleh KPM itu dipatuhi,” katanya.

Pada Selasa media melaporkan JPN Kedah menjalankan siasatan ke atas sebuah sekolah di Sungai Petani yang dilaporkan menjemput seorang pempengaruh media sosial merasmikan majlis anugerah akademik sekolah itu baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan, JPN dilaporkan berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan sedia mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang didapati gagal mematuhi garis panduan jemputan tetamu luar.

Isu berkenaan dikatakan tercetus selepas pempengaruh itu memuat naik video dia merasmikan majlis akademik di sekolah berkenaan, sekali gus mengundang pelbagai reaksi umum termasuk mempersoalkan kelayakan individu terbabit. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

JPN Kedah siasat sekolah jemput pempengaruh rasmi anugerah akademik

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI