Garis panduan tadbir urus, etika AI dijangka siap menjelang akhir tahun ini

BATU GAJAH – Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan (AI) Negara kini dalam proses pemurnian dan dijangka siap menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara, Dr Fazidah Abu Bakar berkata, garis panduan yang dibangunkan Kementerian Digital dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu adalah untuk menggalakkan penggunaan AI secara selamat, dipercayai dan beretika di negara ini.

Menurutnya, sebelum ini, kepentingan garis panduan tersebut pernah dimaklumkan di Parlimen oleh Menteri Digital, Gobind Singh Deo pada Sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat baru-baru ini.

“Banyak proses yang perlu kita lalui seperti yang dimaklumkan Menteri Digital dan kita sekarang sedang memperhalusi (garis panduan) tersebut bersama Kementerian Komunikasi.

“Setakat ini, tiada panduan khusus berkaitan penggunaan AI di negara ini. Justeru, untuk menyediakan sesuatu garis panduan kita perlu melihat dari semua aspek kepada penyedia platform.

“Garis panduan itu ada berkaitan dengan etika, intergriti melibatkan semua sasaran jadi dalam perbincangan pihak kementerian. Sekarang, garis panduan itu dalam proses pemurnian. Jadi, kita jangkakan akan dapat garis panduan ini menjelang akhir tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan pelancaran Sistem Pengurusan Dokumen Digital (DDMS) 2.0 Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) di Dewan Bandaran Kinta, di sini pada Rabu.

Hadir sama, Yang Dipertua MDBG, Mohamad Razif Ramli.

Semalam media melaporkan, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjadi mangsa ‘deepfake’  selepas beberapa video dengan wajah dan suaranya yang diubah suai menggunakan AI.

Wajah dan suara beliau diubah suai menggunakan AI untuk menipu orang ramai melalui penjualan produk kesihatan dan pelaburan.

Terdahulu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan taktik terkini digunakan ‘scammer’ yang dipercayai menggunakan teknologi AI bagi meniru suara dan wajahnya demi mengaut keuntungan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak Sejahtera 2030: Pendigitalan perkhidmatan mudahkan akses rakyat

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI