Gelandangan cedera selepas terjun dari jejantas

IPOH – Seorang gelandangan yang dipercayai cuba membunuh diri dengan bertindak terjun dari jejantas, cedera, dalam insiden di Taman Desa Kencana, di sini, pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.11 malam.

Menurutnya, seramai 13 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan tersebut.

“Setibanya jentera di lokasi didapati seorang lelaki berusia sekitar 40-an dipercayai telah terjun dari jejantas berketinggian lebih kurang tujuh meter dan mengalami kecederaan,“ katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Selasa.

Beliau berkata, pada ketika itu polis dan ambulans telah tiba di lokasi kejadian.

“Ketua operasi kemudiannya mengarahkan anggota untuk membantu mengangkat mangsa menggunakan pengusung ke dalam ambulans untuk dihantar ke hospital dan operasi tamat sepenuhnya jam 7.57 malam,“ ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak rekod 513 kes bunuh diri 2019 hingga September 2024

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI