Gerai mercun ditutup sewaktu kebakaran – Polis

LENGGONG – Kebakaran gerai menjual mercun dan bunga api melibatkan empat buah khemah berhampiran Dataran Lenggong di sini petang tadi berlaku ketika premis tersebut ditutup.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.46 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai bermula sekitar pukul 2.30 petang apabila pemilik gerai, seorang lelaki berusia 34 tahun, terlihat asap di bahagian simpanan bunga api ketika berada di luar khemah.

“Pemilik itu kemudiannya masuk ke dalam khemah untuk memadam kebakaran, namun api merebak dengan cepat di kawasan penyimpanan bunga api,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, gerai terbabit menggunakan empat buah khemah bersaiz 20×20 kaki dan kesemuanya musnah dalam kejadian tersebut.

“Ketika kejadian, gerai masih belum beroperasi dan kebiasaannya hanya dibuka pada waktu malam,” jelasnya.

Katanya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 285 Kanun Keseksaan kerana kecuaian melibatkan api atau bahan mudah terbakar.

Tambahnya, siasatan masih diteruskan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan akan menahan pemilik gerai terbabit sekiranya terdapat elemen kecuaian.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki cedera dalam kejadian kebakaran gerai mercun melibatkan empat buah khemah berhampiran Dataran Lenggong di sini pada Jumaat. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki cedera, gerai mercun terbakar di Lenggong

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI