Gerbang Malam bakal naik taraf, MBI mohon peruntukan RM3 juta

IPOH – Gerbang Malam yang menjadi nadi kehidupan malam bandar raya ini bakal dinaiktaraf menerusi peruntukan RM3 juta yang dipohon Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) melalui Kementerian Pelancongan.

Menurut kenyataan MBI, projek berkenaan melibatkan kerja-kerja pembinaan dan penaiktarafan bumbung Gerbang Malam bagi meningkatkan keselesaan, keselamatan serta daya tarikan visual destinasi pelancongan malam utama itu.

“Gerbang Malam bukan sekadar sebuah struktur fizikal, sebaliknya merupakan simbol kehidupan malam bandar raya Ipoh yang merancakkan aktiviti ekonomi, pelancongan dan kebudayaan setempat hingga ke lewat malam.

“Kawasan berkenaan menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan pelancong luar dengan menawarkan pengalaman unik menerusi suasana meriah, kepelbagaian produk, hiburan serta tarikan visual yang tersendiri,” katanya.

Bagaimanapun, MBI memaklumkan pertambahan jumlah pengunjung serta perubahan keperluan semasa menuntut peningkatan kemudahan, khususnya dari segi perlindungan cuaca, keselamatan dan keselesaan pengunjung serta peniaga.

“Skop projek melibatkan penyambungan dan pengukuhan struktur bumbung sedia ada bagi mewujudkan liputan yang lebih menyeluruh, kukuh dan selamat.

“Reka bentuk bumbung moden yang dicadangkan turut mengambil kira aspek pengudaraan bagi memastikan keselesaan optimum kepada pengunjung.

“Selain itu, projek berkenaan merangkumi penaiktarafan sistem pencahayaan berkonsepkan estetik dan mesra pelancong, yang dirancang secara strategik bagi menonjolkan identiti Gerbang Malam sebagai ikon cahaya bandar.

“Pencahayaan baharu ini dijangka dapat mewujudkan suasana malam yang lebih menarik, selamat dan kondusif, sekali gus menyokong aktiviti ekonomi serta interaksi sosial di kawasan tersebut,” ujarnya.

Dengan pelaksanaan bumbung dan sistem pencahayaan yang bersepadu, Gerbang Malam dijangka tampil dengan wajah baharu yang lebih ikonik dan berdaya saing sebagai destinasi pelancongan malam.

Inisiatif tersebut, menurut MBI, bukan sahaja mampu meningkatkan pengalaman pelawat, malah membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada komuniti setempat, khususnya peniaga kecil dan usahawan tempatan.

“Gerbang Malam kini melangkah ke fasa baharu sebagai sebuah destinasi pelancongan yang mencerminkan aspirasi pembangunan bandar dan pelancongan negara, sekali gus terus menjadi lambang kemajuan serta denyut kehidupan bandar yang tidak pernah pudar,” katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Warga Perak mula membanjiri Gerbang Malam, Ipoh cari keperluan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI