GISBH: Ibu bapa boleh hubungi polis untuk tahu keberadaan anak

IPOH – Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak yang didakwa mempunyai kaitan dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd (GISBH) boleh menghubungi pihak polis bagi mendapatkan maklumat tentang keberadaan mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kanak-kanak yang diselamatkan melalui Op Global itu kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Daripada hari pertama kita melancarkan Op Global tempoh hari, pihak polis sudah menguar-uarkan (agar ibu bapa yang terbabit untuk) datang ke depan (dengan pihak polis) untuk membantu siasatan.

“Jutseru, dalam konteks siasatan itu, sekiranya ada yang terpisah dengan anak, (ibu bapa dan penjaga) boleh datang bertanya (dengan pihak polis), bukan tak boleh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perak dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Perak di Mes Pegawai Kanan Polis Perak, dekat sini, pada Jumaat.

GISBH penjaga Ibu bapa boleh polis anak kanak-kanak Mohd Shuhaily
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menyaksikan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris menyerahkan tongkat kuasa kepada pemangku Ketua Polis Perak, Zulkafli Sariaat pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perak di Mes Pegawai Kanan Polis, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 08 NOVEMBER 2024.

Pada majlis itu, beliau menyaksikan Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat, memangku jawatan Ketua Polis Perak selepas Datuk Azizi Mat Aris melepaskan kerusi itu ekoran bersara wajib berkuat kuasa Ahad ini.

Majlis turut menyaksikan Zaleta Ibrahim memangku jawatan Pengerusi PERKEP Kontinjen Perak daripada Datin Wanita Wari.

Mengulas lanjut Mohd Shuhaily memberitahu, tindakan JKM menyelamatkan kanak-kanak dalam Op Global berkenaan merupakan sebahagian garis panduan biasa pihak berkuasa.

Menurut beliau, prosedur yang diambil ke atas kanak-kanak itu termasuk melalui proses saringan JKM dan pasukan perubatan itu dijalankan mengikut lunas undang-undang.

Ketika ditanya berkenaan sekiranya ibu bapa dan penjaga terbabit ingin mengambil tindakan perundangan terhadap pihak berkuasa berhubung hal itu, Mohd Shuhaily berkata mereka mempunyai hak untuk melakukan.

“JKM melalui prosedur mereka akan memastikan anak-anak yang akan diserahkan kembali nanti kepada mereka yang benar-benar kayak, termasuk dari sudut hubungan dan kebajikan.

“Kita bukan merampas atau melarikan kanak-kanak itu, sebaliknya ia adalah ‘procedure real things’ (prosedur biasa dengan menyelamatkan mereka).

“Justeru itu, saya merasakan melalui prosedur sedia ada JKM sudah bersedia dan tidak tergugas (sekiranya disaman ibu bapa dan penjaga terbabit) kerana itu memang kerja mereka (menyelamatkan kanak-kanak),” katanya lagi.

GISBH penjaga Ibu bapa boleh polis anak kanak-kanak Mohd Shuhaily
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain pada sidang media Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perak di Mes Pegawai Kanan Polis, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 08 NOVEMBER 2024.

Pada minggu lalu media melaporkan, JKM sedang memproses 68 permohonan untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengembalikan kanak-kanak yang diselamatkan dalam OpGlobal kepada ibu bapa atau penjaga atau orang yang layak dan sesuai.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, JKM perlu melaksanakan tugas dengan terperinci termasuk siasatan melalui lunas undang-undang sebelum menyerahkan kanak-kanak itu kepada keluarga mereka yang sebenarnya.

Pada Rabu, media melaporkan kerajaan tidak boleh bertindak semberono untuk membebaskan kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memaklumkan, ini kerana kes berkenaan melibatkan pelbagai agensi bertanggungjawab yang masing-masing mempunyai garis panduan ditetapkan.

Polis melancarkan Op Global pada awal September lalu dan menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung yang dikaitkan dengan GISBH kerana disyaki terbabit dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.

Seramai 359 pengikut GISBH turut ditahan dalam operasi berkenaan termasuk pengurusan tertinggi syarikat itu. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Polis Bawa Anak Sulung Abuya Ke Perkampungan GISBH

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI