Guna khidmat kontraktor berdaftar, elak penipuan – PKMM Perak

IPOH – Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Perak menyeru orang ramai supaya menggunakan khidmat kontraktor berdaftar supaya tidak ditipu oleh warga asing yang menjalankan perkhidmatan tersebut tanpa lesen sah.

Yang Dipertua PKMM Perak, Datuk Jamaluddin Abdul Rahim berkata, memang terdapat kes melibatkan ‘kontraktor‘ warga Indonesia dan Bangladesh tidak berlesen menjalankan kerja pembinaan atau baik pulih rumah.

Menurutnya, penggunaan khidmat ‘kontraktor‘ warga asing ini boleh menjuruskan kepada kejadian penipuan atau projek terbengkalai.

“Banyak orang kena tipu kerana kurang kepercayaan terhadap kontraktor berdaftar yang sedia ada.

“Jika menggunakan kontraktor berdaftar, sekiranya berlaku masalah, tindakan boleh diambil kerana mereka mempunyai lesen dan sijil yang sah.

“Sebaliknya, jika berlaku penipuan, orang ramai tidak tahu hendak mengadu kepada siapa kerana mereka (kontraktor warga asing tanpa lesen) tiada rekod atau alamat tetap,“ katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Berbuka Puasa PKMM Negeri Perak di Casuarina@Meru di sini pada Khamis.

Dalam perkembangan sama, Jamaluddin memaklumkan setiap kontraktor berdaftar perlu mendapatkan lesen daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi membolehkan mereka beroperasi secara sah.

“Kontraktor yang berdaftar perlu mendapatkan lesen daripada CIDB dan PKK bagi melayakkan mereka untuk masuk tender yang mustahak.

“Selain lesen asas, kontraktor yang melakukan kerja baik pulih rumah juga perlu memiliki lesen khas, iaitu B28,“ jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan khidmat kontraktor berdaftar yang sah dan berkelayakan daripada PKMM bagi mengelakkan risiko ditipu daripada ‘kontraktor‘ warga asing tidak berdaftar. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

KKR pertimbang kontraktor cemerlang diberi projek baharu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI