Guna rumah kosong simpan PATI sebelum seludup ke Indonesia

KAJANG – Dua anggota kumpulan penyeludupan pendatang tanpa izin (Pati) dikenali Geng Kribo warga Indonesia ditangkap di Hulu Langat, Selangor menerusi serbuan Op Pintas, semalam

Mereka berperanan sebagai penjaga rumah transit di Batu 14, Hulu Langat sebelum menyeludup keluar pati dari negara ini melalui jalan laut selain menjadi transporter atau ejen dalam kegiatan penyeludupan itu.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, serbuan tersebut membawa kepada menahan 32 Pati, termasuk 14 wanita yang disorok di rumah terbabit.

Jelasnya, empat lelaki migran terbabit merupakan warga Bangladesh manakala selebihnya merupakan warga Indonesia.

“Pemeriksaan lanjut juga mendapati tangkapan turut terdiri daripada seorang wanita yang sedang mengandung enam bulan dan kanak-kanak berumur satu tahun bersama ibunya yang berusia 22 tahun.

“Siasatan awal mendapati, kegiatan ini dilakukan oleh Geng Kribo dan migran ini perlu membayar kepada ejen wang berjumlah RM1,600 hingga RM2,500 seorang untuk proses penghantaran secara tidak sah itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambah beliau, semua tangkapan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk membantu siasatan. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan:

Imigresen Perak hantar pulang 61 PATI ke negara asal

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI