Gurauan sahaja, soal rombakan Kabinet terserah kepada PM – Zambry

PUTRAJAYA – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menjelaskan kenyataannya mengenai ‘dua tiga minggu lagi’ menjawat jawatan Menteri yang dibuat semasa berucap di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar hari ini merupakan gurauan semata-mata.

Beliau berkata, kenyataan itu tidak seharusnya ditafsirkan sebagai bayangan akan berlaku rombakan Kabinet dalam masa terdekat dan kenyataan itu disampaikan secara berseloroh mengenai tempoh pelantikan beliau sebagai Senator yang akan berakhir tidak lama lagi.

“Itu hanya gurauan saya semasa berucap tadi. Betul, saya bergurau sahaja. Soal rombakan kabinet, itu di bawah bidang kuasa Perdana Menteri.

“Mengenai pelanjutan tempoh sebagai Senator, itu pun kena tanya Perdana Menteri. Saya hanya menjalankan tugas saya sebagai Menteri selagi diberi kepercayaan,” katanya ketika ditemui selepas majlis penutupan Festival Idea Putrajaya (FOI) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Zambry berkata sama ada beliau masih menjadi menteri Kabinet atau tidak bukanlah persoalan utama kerana yang lebih penting adalah meneruskan agenda negara.

“Sama ada saya masih menjadi menteri Kabinet ataupun tidak, itu soal nombor dua. Ini adalah agenda negara sebab saya pun tak lama, dua tiga minggu lagi,” katanya.

Kenyataan itu mengundang perhatian media yang mengaitkannya dengan srekulasi rombakan Kabinet dalam masa terdekat.

Menurut Zambry, beliau tak tahu mengenai rombakan Kabinet dan hanya menjalankan tugas sebagai Menteri selagi diberi kepercayaan.

Zambry merupakan antara empat menteri Kabinet yang dilantik sebagai Senator bersama Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Menteri Dalam Negeri), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama) dan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI