Guru mengaku tak bersalah amang seksual pelajar lelaki 17 tahun

IPOH –  Seorang guru sebuah sekolah menengah di sini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu, atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun September tahun lalu.

Tertuduh, Airil Iswan Mat Shamsuri, 38, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Jean Sharmila Jesudason.

Bagi pertuduhan pertama dia didakwa bagi maksud seksual telah menyentuh mangsa dengan cara memeluk, mencium mulut dan menyentuh kemaluan pelajar tersebut.

Manakala untuk pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengulangi perbuatan sama, selain mencium kedua-dua belah pipi mangsa.

Bapa kepada dua orang anak itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Gerbang Meru Indah, di sini sekitar jam 10.30 malam, 13 September tahun lalu dan pada awal pagi sebelum Subuh, 14 September lalu.

Mengikut pertuduhan ketiga, lelaki itu didakwa memeluk, mencium mulut dan kedua-dua pipi, menggigit leher serta menggosok kemaluan kanak-kanak tersebut di bilik warden asrama sekolah berkenaan pada awal pagi sebelum Subuh, 27 September 2024.

Ketiga-tiga pertuduhan terhadap Airil Iswan dikemukakan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dihukum sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Amalina Harun manakala tertuduh diwakili peguam Baldip Singh.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Tertuduh turut diarahkan oleh mahkamah untuk melapor diri di balai polis berhampiran setiap awal bulan dan dilarang menganggu saksi serta menetapkan 24 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

OKU didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja lelaki

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI