Guru tadika direman disyaki dera kanak-kanak guna pen

 Seorang guru tadika direman enam hari hingga 5 Jun ini selepas disyaki mendera kanak-kanak perempuan berusia enam tahun menggunakan pen di sebuah tadika swasta di Kota Emerald, Rawang.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata wanita berusia 30 tahun itu ditahan pada 2 petang, semalam dan pihaknya turut merampas satu bekas berisi pen serta perakam kamera litar tertutup (CCTV) dari tadika terbabit bagi membantu siasatan.

Beliau berkata sebelum itu, bapa mangsa menyedari terdapat kesan kecederaan di kepala anaknya ketika mereka berada di rumah kira-kira 10 pagi, Isnin lepas.

“Mangsa beritahu kecederaan berpunca daripada tindakan seorang guru yang mencederakannya menggunakan pen semasa berada di tadika,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Ariffin berkata mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Selayang sebelum disahkan mengalami kecederaan tisu lembut di bahagian kepala.

Susulan itu, beliau berkata bapa mangsa berusia 34 tahun membuat laporan polis pada 11.13 malam, Khamis lepas dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Insp Muhammad Hakimie Razally di talian 011-33352585 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah Gombak 03-61262222.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI