Hakim Besar Malaya pangku tugas Ketua Hakim Negara

KUALA LUMPUR – Hakim Besar Malaya akan menjalankan tugas-tugas Ketua Hakim Negara secara pemangkuan berikutan persaraan wajib Tun Tengku Maimun Tuan Mat, kelmarin.

Ia selaras dengan Perkara 131A Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 9 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91].

Menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, pelaksanaan tanggungjawab itu turut merangkumi kuasa serta fungsi Ketua Hakim Negara di bawah Perlembagaan.

Ia akan diteruskan sehingga pelantikan rasmi dibuat bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.

“Pentadbiran kehakiman Malaysia sentiasa kekal teguh dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai penjaga keadilan dan akan terus berkhidmat dengan penuh dedikasi untuk rakyat dan negara,” katanya.

Tengku Maimun merupakan Ketua Hakim Negara wanita pertama di negara ini menjawat jawatan itu antara 2 Mei 2019 hingga 1 Julai 2025. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI