Hampir 5,000 sertai Malam Taqarrub bersama Anak Muda sempena KAMU

IPOH – Kira-kira 5,000 penduduk negeri Perak khususnya dari Ipoh menyertai Malam Taqarrub bersama Anak Muda Sempena Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) 2024 di perkarangan Stadium Indera Mulia di sini, malam tadi.

Program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah oleh pelajar-pelajar dari Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Addin, Maahad Tahfiz Al Khalidiah dan Maahad Tahfiz Insitut Tadbiran Islam Perak (INTIM).

Hampir 5,000 sertai Malam Taqarrub bersama Anak Muda sempena KAMU
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad ketika hadir ke Program Malam Taqarrub Bersama Anak Muda sempena Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) Tahun 2024 di Perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 06 SEPTEMBER 2024.
Hampir 5,000 sertai Malam Taqarrub bersama Anak Muda sempena KAMU
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menunaikan solat Isyak ketika Program Malam Taqarrub Bersama Anak Muda sempena Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) Tahun 2024 di Perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 06 SEPTEMBER 2024.

Setibanya, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak Khairudin Abu Hanipah solat Isyak berjemaah berlangsung bersama pelajar-pelajar tahfiz, jemputan dan pengunjung.

Usai solat Isyak berjemaah, Kumpulan Kumpulan Majelis Rasulullah mengalunkan selawat dan diteruskan dengan Forum Perdana bertajuk “Cabaran Anak Muda Masa Kini: Apa Hala Tuju Mereka?”.

Hampir 5,000 sertai Malam Taqarrub bersama Anak Muda sempena KAMU
Pendakwah Bebas, Mohd Zainudin Mohamed Zaini atau PU Yeop (tengah) menyampaikan ceramah agama ketika Program Malam Taqarrub Bersama Anak Muda sempena Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) Tahun 2024 di Perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 06 SEPTEMBER 2024.
Hampir 5,000 sertai Malam Taqarrub bersama Anak Muda sempena KAMU
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad ketika mendengar ceramah agama Pendakwah Bebas, Mohd Zainudin Mohamed Zaini atau PU Yeop ketika Program Malam Taqarrub Bersama Anak Muda sempena Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) Tahun 2024 di Perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 06 SEPTEMBER 2024.

Forum tersebut dikendalikan Ustaz Zahrullail Sarkawi dari Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) sebagai moderator bersama panel jemputan Pendakwah Bebas, Mohd Zainudin Mohamed Zaini atau PU Yeop dan Megat Mohd Zaid Megat Azamuddin yang lebih dikenali sebagai Imam Muda Megat.

Acara diakhiri dengan selawat beramai-ramai oleh mereka yang hadir pada program berkenaan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

KAMU 2024 sasar 400,000 pengujung

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI