Hampir separuh penduduk Perak alami masalah karies gigi

IPOH – Hampir separuh atau 1.2 juta penduduk (44.6 peratus) di Perak telah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan karies pergigian pada tahun lalu.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Negeri, A Sivanesan berkata, statistik daripada Sistem Maklumat Kesihatan Pergigian (Sistem Gi-RET 2.0) itu merekodkan kes baru dan ulangan.

Katanya, berdasarkan jumlah itu, prevalen karies pergigian atau kerosakan gigi bagi murid berumur antara 13 hingga 17 tahun merekodkan sebanyak 23.2 peratus yang meliputi 45,312 orang.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan pada sidang media majlis perasmian Minggu Promosi Kesihatan Pergigian anjuran Bahagian Kesihatan Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri Perak di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 06 JULAI 2024.

Tambah beliau, bagi murid sekolah rendah pula ia 9.3 peratus atau 28,451 orang direkodkan mengalami masalah karies gigi.

“Di Malaysia pula, lebih 90 peratus orang dewasa mengalami keradangan gusi, manakala 85 peratus mempunyai gigi berlubang.

“Lebih merisaukan lagi apabila tiga daripada 10 kanak-kanak berusia 12 tahun sudah menunjukkan tanda-tanda awal kerosakan gigi.

“Walaupun kadar prevalen penyakit gigi dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah rendah di Perak adalah lebih rendah berbanding purata nasional, masih terdapat ruang yang besar untuk kita perbaiki situasi ini,” katanya.

Penduduk Negeri Perak masalah karies gigi kesihatan a sivanesan kerosakan gigi
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan merasmikan Minggu Promosi Kesihatan Pergigian anjuran Bahagian Kesihatan Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri Perak di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 06 JULAI 2024.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Minggu Promosi Kesihatan Pergigian anjuran Bahagian Kesihatan Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri Perak di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, dekat sini, pada Sabtu.

Program yang diadakan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan mulut itu turut dihadiri, Pengarah Jabatan Kesihatan Perak, Dr Feisul Idzwan Mustapha.

Dalam pada itu, Sivanesan berkata, Sistem Gi-RET 2.0 juga merekodkan sebanyak 91.8 peratus atau 567,215 orang dewasa berumur 30 hingga 49 tahun mengalami karies gigi.

Penduduk Negeri Perak masalah karies gigi kesihatan a sivanesan kerosakan gigi
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan bergambar bersama pemenang pertandingan mewarna pada majlis perasmian Minggu Promosi Kesihatan Pergigian anjuran Bahagian Kesihatan Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri Perak di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 06 JULAI 2024.

Justeru ujar beliau, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM500,000 melalui inisiatif Tuisyen Cikgu Saarani bagi pengagihan lebih 20,000 Kit Kesihatan Pergigian Murid pada tahun lalu.

Kata beliau, ia adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk mendidik dan menggalakkan tabiat penjagaan gigi yang baik bermula dari usia muda.

“Dengan lebih 63 klinik pergigian kerajaan, 10 klinik pergigian bergerak dan pelbagai kemudahan ‘outreach’ atau program khidmat masyarakat, rawatan pergigian kini lebih mudah diperolehi di Perak.” katanya lagi.

Penduduk Negeri Perak masalah karies gigi kesihatan a sivanesan kerosakan gigi
Kanak-kanak membuat pemeriksaan gigi secara percuma di Klinik Pergigian Bergerak Daerah Kinta pada majlis perasmian Minggu Promosi Kesihatan Pergigian anjuran Bahagian Kesihatan Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri Perak di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 06 JULAI 2024.

Dalam perkembangan berasingan, ketika ditemui pemberita Sivanesan mengesahkan terdapat satu kes penyakit Leptospirosis atau kencing tikus direkodkan di Taiping.

“Setakat ini hanya satu kes yang disahkan, yang mana individu warga Myanmar itu sedang mendapatkan rawatan di hospital. Sementara enam lagi kes hanya kontak rapat,” jawabnya ringkas.

Sivanesan menambah, individu tersebut dilaporkan stabil selain akan memperincikan kes berkaitan kencing tikus itu semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu hadapan.

Difahamkan, individu berusia 31 tahun itu dimasukkan ke hospital pada 27 Jun lalu ekoran menghidapi simptom kencing tikus selepas berkunjung ke sebuah kawasan rekreasi di Taiping bersama enam rakan yang lain.

Artikel Berkaitan:

MGPerak : Perak Akan keluar Pemberitahuan Terkini Susulan Pemansuhan Kuarantin Covid 19

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI