‘Hanna cakap semalam hari terakhir dia bersekolah’ – Ibu saudara

TAPAH – Tiada siapa menyangka kata-kata Hanna Mikayla Azma, 7, bahawa Rabu adalah hari terakhirnya bersekolah membawa maksud yang tersendiri.

Dia bersama dua adik dan ibunya ditemukan lemas dalam tragedi kepala air di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Bidor dekat sini, hari sama.

Ibu saudara kepada kanak-kanak itu, Aznur Radin Mustapha Amiruddin, 51, berkata, anak sulung daripada tiga beradik itu memberitahu semalam adalah hari terakhirnya bersekolah sedangkan cuti persekolahan masih belum bermula.

kepala air bidor tapah perak mangsa kanak-kanak ibu saudara
Aznur Radin Mustapha Amiruddin, 51, ditemui media ketika menunjukkan antara barangan dipercayai dimiliki dua anak saudaranya yang menjadi mangsa dalam kejadian kepala air di Sungai Kenjur Kampung Poh, Bidor. Foto ABDULLAH YUSOF, 7 FEBRUARI 2024.

“Selepas pulang dari sekolah, Hanna ada bercakap dengan pakciknya bahawa itu adalah hari terakhir dia bersekolah.

“Dia beritahu bahawa dia sudah tidak mahu lagi bersekolah. Saya tidak pasti apa sebenar yang dimaksudkannya, namun tidak menyangka ia seolah-olah petanda,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Aznur berkata, ketika kejadian, adiknya yang juga bapa kepada kanak-kanak itu, Azam, 46, tidak bersama mereka dalam aktiviti perkelahan itu kerana berkerja.

Namun ujarnya, tragedi menyayatkan hati itu memberi kesan mendalam kepada Azam kerana kehilangan isteri dan tiga anak sekali gus.

kepala air bidor tapah perak mangsa kanak-kanak ibu saudara
Aznur Radin Mustapha Amiruddin, 51, ditemui media ketika menunjukkan antara barangan dipercayai dimiliki dua anak saudaranya yang menjadi mangsa dalam kejadian kepala air di Sungai Kenjur Kampung Poh, Bidor. Foto ABDULLAH YUSOF, 7 FEBRUARI 2024.

“Kali terakhir saya berjumpa tiga beradik itu pada Ahad lalu, iaitu ketika mereka berkunjung ke rumah nenek di Ipoh. Berulang-ulang kali mereka cakap mahu jumpa opah mereka.

“Malah, dalam tempoh selang seminggu ini, dua kali mereka datang ke sana (untuk berjumpa dengan opah mereka). Semasa di sana, saya lihat mereka sangat gembira,” ujarnya.

Dalam kejadian sekitar pukul 4 petang Rabu, enam sekeluarga termasuk seorang pembantu rumah wanita warga Indonesia terperangkap dalam kejadian kepala air ketika melakukan aktiviti perkelahan di Sungai Kenjur, Kampung Poh.

kepala air bidor tapah perak mangsa kanak-kanak ibu saudara
Aznur Radin Mustapha Amiruddin, 51, ditemui media ketika menunjukkan antara barangan dipercayai dimiliki dua anak saudaranya yang menjadi mangsa dalam kejadian kepala air di Sungai Kenjur Kampung Poh, Bidor. Foto ABDULLAH YUSOF, 7 FEBRUARI 2024.

Jasad Aszura Bani, 37, ditemui kira-kira 600 meter dari lokasi perkelahan oleh penduduk kampung pada pukul 4.30 petang manakala anak lelakinya, Hafiy Muhayat, 4, pula ditemukan pada 9.30 malam hari sama.

Dua anak Aszura, Hanum Marissa Azam, 2, dan Hanna Mikayla Azam, 7 ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekitar jam 9 pagi Khamis.

Dalam kejadian itu, kakak Aszura dikenali Aslinda, 38, dan anak lelakinya berusia 11 tahun serta pengasuh wanita warga Indonesia berusia 30-an terselamat. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tragedi kepala air: Mangsa terakhir, dua kanak-kanak ditemukan

Tragedi kepala air: Tiga kanak-kanak dikhuatiri hanyut

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI