Hantaran jelik kepada MB Perak: Polis kenal pasti pemilik Facebook

GERIK – Polis mengenal pasti pemilik sebuah akaun media sosial Facebook yang didakwa membuat hantaran jelik terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad Othman berkata, susulan itu individu terbabit telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik bagi dirakam keterangan pada jam 3 petang Ahad.

“Pihak IPD Gerik telah menjalankan siasatan terhadap akaun media sosial tersebut dan pemiliknya telah dikenalpasti.

“Susulan itu, pihak polis telah membuat rampasan terhadap sebuah telefon bimbit yang disyaki digunakan untuk tujuan tersebut (membuat hantaran jelik kepada Menteri Besar Perak),” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Kata beliau, pihaknya membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan/ Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Abdul Samad berkata, tindakan itu diambil susulan laporan polis yang dibuat pegawai khas kepada Menteri Besar Perak berkenaan tangkap layar kenyataan jelik pada Facebook pada 9 Mei lalu.

“Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian supaya tidak mengganggu siasatan,” ujar beliau.

Pada Mei lalu media melaporkan sekumpulan penduduk di Lenggong membuat laporan polis terhadap hantaran Facebook yang didakwa memberi gambaran buruk mengenai kerajaan negeri ini serta Saarani. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:
Penduduk buat laporan polis pengguna FB buat hantaran jelik kepada MB Perak

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI