Harga diesel naik: DPMM Perak ambil pendekatan tunggu, lihat

IPOH Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perak mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung rungutan kenaikan harga minyak khususnya diesel yang memberi kesan kepada komuniti perniagaan.

Pengerusi Biro Tugas-Tugas Khas DPMM Perak, Azizul Kama Abd Aziz berkata, setakat ini belum ada perbincangan khusus diadakan dalam kalangan ahli dewan mengenai perkara tersebut kerana hala tuju perbincangan masih di peringkat awal.

Menurutnya, situasi semasa turut dipengaruhi oleh faktor geopolitik global geopolitik tidak menentu kesan konflik Asia Barat.

“Buat masa ini kita masih lagi tunggu dan lihat kerana hala tuju kita masih lagi di peringkat awal. Sepertimana kita tahu, keadaan geopolitik semasa agak rumit dan agak runcing,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Bantuan Hari Raya Aidilfitri Persatuan India Muslim (PRIM) Perak di Dewan Masjid Muhammadiah (Masjid Cina Muslim) Tasek di sini pada Ahad.

Bagaimanapun, Azizul Kama berkata, beliau yakin kerajaan mampu menangani isu berkenaan dengan baik.

“Tapi saya yakin kerajaan akan menangani perkara tersebut dan sebagai ahli dewan, kita akan menyambut seruan berjimat cermat dan sebagainya oleh Perdana Menteri,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Guna baucar RM400 beli baju Raya anak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI