Harga RON97, RON95 tanpa subsidi, diesel di Semenanjung diturunkan 2 sen

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengurangkan harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi dan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 2 sen masing-masing kepada RM3.26, RM2.63 dan RM3.08 seliter seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia.

Kementerian Kewangan berkata, harga ini berkuat kuasa dari 27 November 2025 hingga 3 Disember 2025.

Manakala harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter;

Haga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI