Harga semakin mahal, nak beli barang pun kena fikir banyak kali

IPOH – Para pengunjung mengeluh dengan kenaikan harga barang ketika membeli barangan untuk membuat persiapan terakhir menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha, esok.

Tinjauan MG Perak di Pasar Besar Ipoh pagi ini, mendapati berlaku peningkatan harga bagi beberapa bahan mentah kering dan basah seperti sayur-sayuran, santan serta daging.

Pengunjung, Ahmad Syipulizan Abdullah Zawawi,46, berkata, beliau kurang senang dengan harga barang sekarang dan kos perbelanjaan bagi menyambut raya kali ini agak tinggi berbanding sebelum ini.

Pengunjung, Ahmed Syipulizan Abdullah Zawawi,46 ketika ditemubual bersama wartawan ketika tinjauan MG Perak di Pasar Besar Ipoh, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 JUN 2024.

“Pada saya nak beli barang  pun perlu fikir banyak kali juga lah.

“Selalu perbelanjaan raya saya akan belanja di sini, saya lihat tahun ni tidak ramai orang ke sini.

“Harga barang naik, harga daging naik semua naik, jadi kami nak beli barang kene catit dulu apa barang yang kami perlukan,”katanya.

Pengunjung, Tun Fauzana Ann Abdul Latif,47 ketika ditemubual bersama wartawan ketika tinjauan MG Perak di Pasar Besar Ipoh, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 JUN 2024.

Bagi Tun Fauzana Ann Abdul Latif, 47, kenaikan harga barang kini terlalu ketara dan perbezaannya amat ketara semasa beliau membeli barang keperluannya menyambut hari raya.

“Kami sudah kurangkan perbelanjaan kerana sudah biasa berbelanja, tapi masalahnya kenaikan harga itumendadak, jadi nak kurangkan (lagi kos perbelanjaan) itu tidak boleh.

“Walaupun beli yang kadar biasa, tapi harga (barang) naik dan makin lama makin bertambah, itu yang jadi beban sikit untuk kehidupan sekarang ini,”katanya.

Menurut pengunjung, Ahmad Kamil Mohd Zainal Fitri,40, pula berkata, beliau melihat ramai orang masih berkira-kira untuk membeli setelah melihat harga barang.

Pengunjung, Ahmad Kamil Mohd Zainal Fitri,40 ketika ditemubual bersama wartawan ketika tinjauan MG Perak di Pasar Besar Ipoh, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 JUN 2024.

“Kita pergi ke kedai-kedai kita nampak mereka tengok harga barang, mereka akan bandingkan, kalau tidak boleh beli banyak, nak tak nak mereka terpaksa beli sedikit juga, asal ada.

“Saya terpaksa kurangkan sedikit (perbelanjaan), mana yang tidak perlu saya akan potong,”ujarnya. – MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI