Harimau belang mati dilanggar lori di JRTB

GERIK – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan menerima maklumat berhubung penemuan seekor harimau belang yang mati dipercayai dilanggar lori di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa di sini pada Sabtu.

Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata, pihaknya menerima maklumat tersebut pada jam 9 pagi tadi.

Menurutnya, kakitangan Perhilitan Gerik kemudiannya bertindak ke lokasi untuk menjalankan siasatan berhubung penemuan haiwan itu.

“Hasil siasatan mendapati haiwan tersebut telah dilanggar lori yang dalam perjalanan dari Gerik ke Jeli sekitar jam 5.30 pagi ini.

“Setakat ini, kita masih tidak dapat mengenal pasti jantina haiwan itu kerana karkas hancur.

“Berat (harimau) pun kita tak boleh nak anggar, tapi percaya harimau dewasa,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Dalam perkembangan sama, Yusoff berkata, pengecaman ke atas harimau tersebut sukar dilakukan kerana tubuhnya hancur akibat kemalangan itu.

“Sepatutnya kita boleh kenal id (kumpulan) harimau ini, tapi disebabkan tubuh dah hancur, jadi sukar kita nak buat pengecaman.

“Tapi kita percaya, haiwan itu dari hutan berhampiran sama ada Hutan Simpan Temenggor, HS Gerik atau (Hutan) Royal Belum,” jelasnya.

Beliau berkata, bahagian kepala haiwan karnivor itu akan dihantar ke Institut Biodiversiti (IBD) di Pahang untuk proses pengawetan.

Difahamkan, setakat ini belum ada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pemilik lori yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Terdahulu, tular video memaparkan seekor harimau belang dilanggar lori di media sosial sejak pagi tadi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perhilitan Perak, Kelantan kerjasama tangkap harimau baham 2 mangsa

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI