Harimau kumbang betina ‘terjerat’ selepas dua bulan

SUNGAI SIPUT – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) Perak berjaya menangkap seekor harimau kumbang di Felda Lasah pada Sabtu, selepas lebih dua bulan perangkap dipasang di kawasan tersebut.

Harimau betina berusia dalam lingkungan empat tahun seberat 30 kilogram itu dipercayai masuk ke dalam perangkap awal pagi tadi.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, pihaknya sudah memasang perangkap sejak 20 November tahun lalu.

“Kita memasang perangkap tersebut kerana menerima aduan berhubung kejadian lembu diserang harimau.

“Selain itu, kita turut menggunakan kambing sebagai umpan untuk menarik perhatian dan memerangkap harimau berkenaan,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau berkata, harimau kumbang yang ditangkap itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum dilepaskan ke habitat sesuai. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kelibat harimau belang di Gerik: Tiada aduan baharu diterima – Perhilitan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI