Harimau merayap di Kenering, Perhilitan pasang perangkap

IPOH – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, mengesahkan telah menerima laporan mengenai kemunculan seekor harimau belang berkeliaran di Jalan Baling-Kuala Kangsar berdekatan Kampung Kuala Kenering, dekat Gerik.

Pengarah Perhilitan Perak Yusof Shariff berkata, selepas menerima aduan Rabu lepas, Unit Harimau Perhilitan sedang memantau rapi kawasan berkenaan, di samping memasang perangkap di lokasi yang dirasakan menjadi kawasan rayau haiwan itu.

“Harimau itu mungkin merayau di kawasan sekitar untuk mencari makanan dan pasukan kita telah ambil tindakan awal cuba menghalaunya supaya ia kembali ke dalam hutan.

Harimau merayap di Kenering, Perhilitan pasang perangkap
Kemunculan harimau belang berkeliaran di Jalan Baling-Kuala Kangsar berdekatan Kampung Kuala Kenering, di Gerik yang tular baru-baru ini. Foto, ihsan Alil Wawa Alil.

“Kita cuba dengan melepaskan tembakan, dan membakar mercun, kita harap ia masuk semula ke habitatnya di Hutan Simpan Papulut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial kejadian seorang pemuda dari Kampung Kuala Kenering terserempak dengan seekor harimau ketika dalam perjalanan hendak ke kedai makan di kampung itu.

“Saya minta penduduk di sekitar kawasan itu supaya berhati-hati dan mengurangkan aktiviti di luar pada waktu malam.

“Harimau ini aktif pada waktu senja hingga ke subuh pagi jadi kita minta supaya tidak ada individu yang menghampiri kawasan hutan bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.

— BERNAMA

Artikel Berkaitan:

Serangan harimau, Perhilitan pasang perangkap dan kamera

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI